Blog

Kelantan City Tour

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat pembaca-pembaca blog semua. Ok saya nak bercerita dan berkongsi sedikit pengalaman pihak kami yang membawa sekumpulan peserta yang mengambil pakej dari kami,sambil-sambil itu boleh laa korang semua tau serba sedikit tentang negeri Cik Siti Wan Kembang atau dikenali juga sebagai Serambi Mekah ini.Banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di negeri ini.Tambahan lagi orang-orang di negeri ini bukan setakat ‘comel lote ‘ je tau malah sangat peramah dalam melayan pelancong yang datang ke negeri ini.Nak belajar bahasa kelantan pun boleh tau sebab dialek bahasa yang unik dan sedap untuk didengari tapi nak kene stay lame laa sikit kalau uolls betul-betul nak belajar bahasa kelantan nie ūüôā

Sambil-sambil kami menceritakan pengalaman kami membawa pelanggan kami jelajah kelantan nie,kami akan selitkan juga beberapa tempat yang menarik yang ada di Kelantan jadi dalam masa yang sama anda bolehlah merancang perjalanan atau percutian anda ke Kelantan dengan lebih mudah dan terancang yer..

Gambar nie, time nak ambik pelanggan kami kat Airport Kota Bharu

Budha baring di Wat Phothivihan

Tempat first kitaorang pegi kt cnie,Korang mesti dah tau kan tempat nie btul tak?tapi,takpelah saya nak bagitau jugak nama tempat nie sebab takut ada yang tak berapa nak pasti kat mana nie..hmm,Kalau korang nak tau nie adalah patung Budha terbesar di Asia ataupun yang kedua terbesar di dunia. Ia dikenali sebagai patung Budha baring di Wat Phothivihan di Kampung Jambu Batu,Jalan Meranti selepas patung Budha di Myanmar. Untuk maklumat korang terdapat tiga patung yang terbesar yang dikenali di Kelantan.

 

Patung Budha Berdiri  

Patung Budha Duduk

Patung budha berdiri terletak di Kampung Terbok manakala patung budha duduk terletak di Kampong Jubakar, Bunohan.Kedua-duanya terletak di daerah Tumpat Kelantan.Tempat ini,akan di penuhi orang ramai terutamanya pada musim cuti sekolah.memang besar patung-patung nie..kalau nak tau sebesar mana,korang kenalah datang kat sini sendiri barulah tau besar sangat ke patung nie sehingga boleh dinobatkan sebagai patung terbesar di asia nie haa..

Masjid Jubli Perak Sultan Ismail/Masjid Beijing

Seterusnya kita pergi ke Masjid nie.Korang kenal tak masjid apa nie?nie bukan dekat negara China tau..Kat Kelantan je tempat nie.Kalau korang nak tau nie adalah Masjid Jubli Perak Sultan Ismail atau boleh dikenali juga sebagai Masjid Beijing kerana senibinanya yang menyerupai masjid bersejarah yang terletak di Beijing,tak silap nama masjid tu Masjid Niujie..kerana keunikan senibinanya, telah menarik ramai untuk melihatnya,ia terletak di daerah Rantau Panjang dan sangat luas kerana mempunyai dua tingkat.Tingkat pertama untuk aktiviti awam manakala,tingkat yang kedua pula adalah ruang sembahyang.Kalau datang Rantau Panjang tak sah kalau tak singgah di sini.

Cik Minah Songket

Ok,sekarang kita pergi pulak ke kedai Cik Minah Songket yang terletak di Kampung Penambang.Nielah Cik Minah Songket yang terkenal dalam penghasilan kain songket di Kelantan tu,halus je tenuman dia..cepat je dia buat,dah laa pakai cara tradisional lagi tau.mesti kuat kan tangan orang-orang yang kerja kat sini sebab hari-hari tenum kain songket ,lama-lama tengok diorang nie kusyuk tau,nampak senang tapi kalau try buat sendiri hmm faham-faham jelah..nanti kalau korang datang kat Kelantan jangan lupa singgah kat sini tau.


Kedai Pembuatan Wau Pak Shafie di Kampung Badang,P.C.B

Seterusnya,kita beralih pula ke proses pembuatan wau,hmm,korang perasan tak duit syiling yang korang guna selama nie yang lima posen lama tu,yang kat belakang dia ada gambar wau tu?bukan yang baru tau,kalau yang baru nie memang takde laa sebab gambar bunga..huhu.nampak tak kat situ yang selain bunga raya Wau Bulan juga merupakan salah satu simbol yang menjadi kebanggaan kita semua. Sebut je Wau bulan mesti korang dah tau kan kat negeri mana,Kelantan laa jawapannya.

Wau nie bukan sahaja dijadikan aktiviti masa lapang tapi dijadikan juga sebagai pertandingan¬† kerana dalam proses pembuatan wau ini,ia memerlukan kreativiti yang tinggi serta kehalusan kerja pertukangan yang sabar untuk menghasilkan kecantikan rupa,bunyi busurnya dan mampu ni naikkan (yelah,kalau semua ok,tapi tak naik buat apa kan,huhu).Pelbagai jenis wau telah dihasilkan di sini dalam pelbagai saiz dan rupa tetapi empat jenis wau yang paling popular di sini ialah Wau Bulan,Wau Daun,Wau Kucing dan Wau Jalabudi.Menarik tau tempat nie,rugi kalau korang tak pergi…

 sumber :Foto Fathil Asri           Rumah Pengusaha dodol yang terkenal di Kelantan

Next destinasi kita pula ialah untuk melihat proses pembuatan dodol yang terkenal di Kelantan iaitu di jalan Pasir Mas-Rantau Panjang yang diusahakan oleh Sulaiman Ismail dan isteri, Wan Sabariah Wan Ali di Kuala Lemal.Mereka bukan sahaja terkenal dengan penghasilan dodol yang sedap malah pembuatan serunding juga turut dilakukan oleh mereka.

Untuk pengetahuan korang,berjayanya mereka dalam mengusahakan dodol ini sehingga sesiapa yang melalui jalan utama Pasir Mas-Rantau Panjang pasti tidak akan terlepas pandang daripada memandang rumah yang berwarna hijau yang ukirannya keemasan di tepi jalan sehingga ada yang sanggup berhenti untuk bergambar di hadapan rumah mereka hasil daripada penjualan dodol dari sejak turun temurun lagi.Antara perisa dodolnya adalah gula melaka,durian,pandan dan telur.Korang perlu merasai sendiri kelemakan dan kesedapan dodol di sini.

Pantai Cahaya Bulan

Haa,tempat biasa yang dikunjungi time musim cuti sekolah dari dulu sampai sekarang tak lain tak bukan tempat nie la..Pantai Cahaya Bulan(P.C.B).Walaupun, sekarang dah banyak pantai yang yang baru di buka yang cantik-cantik kat Kelantan seperti Pantai Geting,Pantai Irama,Pantai Bisikan Bayu,Pantai Senok,Pantai Sri Tujuh dan yang terbaru Pantai D’aur(D’aur beach Resort),tetapi P.C.B tetap di hati orang ramai.Di sini,kalau hujung minggu,kalau ada rezeki korang sambil-sambil menikmati makanan yang bergoreng celup tepung,korang boleh menyaksikan juga pertunjukan ular yang berbisa, pesta wau,dan melihat kuda.

sumber: www.thestar.com.my                         Floating Market Pulau Suri,Tumpat

Floating market nie kitaorang tak sempat nak pergi lagi,sebab hanya dibuka pada hari jumaat dan sabtu sahaja.Tak sempat nak pergi time bawak diorang nie.Tapi memang famous laa tempat nie tau,yelah mane tak famousnya pasar terapung pertama di Malaysia nak sama macam dekat¬†Khlong Hae, Songkhla, Thailand tu.Sape-sape yang tak berkesempatan nak pegi Thailand tu,meh je kat sini …macam-macam makanan ada jual tau.tapi kebanyakannya kuih-muih ore kelate lerr.

sumber: jetunnel.blogspot.my                                                     Wakaf Che Yeh

Wakaf Che Yeh nie antara pasar malam yang paling sibuk di kelantan sebab pasar malam yang meriah dan boleh dikatakan barangan yang dijual di sini adalah berpatutan dan rata-rata yang datang ke Kelantan nie takkan terlepas peluang untuk pergi pasar malam nie laa,maybe sebab nak tau sibuk dan meriah macam manelah kot huhu..Kat sini sebenarnya ada dua sesi,sesi pagi dijadikan sebagai pasar borong manakala untuk sesi malam dijadikan pasar malam.

Pelbagai barangan yang dijual di sini,rambang mata dibuatnya tau,kebanyakan yang mengambil pakej dari kami memang takkan terlepas peluang laa pegi sini,tapi gambar selalu terlupa nak ambik sebab dorang excited sangat nak masuk dalam nie..huhu.haa,nanti kalau datang sini,jangan lupa belajar untuk tawar menawar barang yang korang nak beli tau,sebab kalau ada rezeki korang,korang dapatlah harga yang murah tau.Tapi kalau korang tak nak pergi sini,pergi up town Kota Bharu pun ok,kat sana tak laa sesibuk kat sini.

www.mynewshub.cc                                        Kampung Kraf Tangan

Kampung kraf tangan juga merupakan salah satu tempat yang wajib dikunjungi para pelancong sebelum balik tau,sebab di sini korang boleh beli cenderhati atau ole-ole untuk family atau orang yang tersayang dari Kelantan kalau tak sempat nak beli kat tempat lain.Kat dalam ni juga ada tempat makan tau,tempat makan yang famous iaitu Nasi Ulam Cikgu.Kiranya kalau korang lapar ke rambang mata tak tau nak pilih nak beli apa ke kat sini,boleh singgah makan kat Nasi Ulam Cikgu nie.

Hmmm,nama pun nasi ulam kan jadi siapa-siapa yang memang hantu makanan kampung yang suka awek muda sepanjang masa tu,memang menepati selera laa kat tempat nie dan makan kat sini konsep layan diri yer,koraang boleh ambik berapa banyak korang nak dan macam-macam ulam-ulaman  ada tau dan yang penting fresh dari ladang tu.

Ok,last tempat menarik yang wajib dikunjungi korang yang akan membuatkan korang rambang mata kat sini dia nak sama dengan dekat Pengkalan Kubor kiranya korang boleh pilih korang nak pegi kat Rantau Panjang nie ke kat Pengkalan Kuborsebab kedua-dua tempat nie hampir sama,kalau nak dekat sikit Pengkalan Kubor je tapi kalau korang tak penat  & suka berjalan dan banyak bawa duit tu boleh je pergi kedua-duanya.Macam-macam ada jual kat sini macam toto,jersi,patung,baju-baju yang comel-come,beg dan lain-lain lagi laa..nanti korang jangan lupa datang tau..

Oklah,sampai di sini sahaja coretan saya untuk kali nie,sebenarnya banyak lagi tempat-tempat menarik di Kelantan tapi sebab tempat-tempat yang saya sebutkan di atas nie merupakan tempat yang biasa pihak kami bawakan untuk sesiapa yang datang ke Kelantan dan mengambil pakej dari kami.Salam sayang kami dari Xcell Travel.Terima kasih.

**Kalau free-free tu boleh la usya-usya facebook kami yer untuk pakej-pakej yang kami tawarkan.

 

 

 

 

 

Squid Jigging Trip

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Ok hari nie saya nak berkongsi story pula yang salah seorang staff kami dari xcell travel membawa seramai 10 orang peserta yang mengambil pakej kami bagi trip mencandat sotong di Kota Bharu. Kami menaiki bot kayu di LKIM Kuala Besar . Peserta berkumpul di jeti LKIM Kuala Besar pada pukul 3.00 untuk bertolak ke destinasi candat.Apabila sampai ke destinasi peserta bolehlah mula bercandat atau memancing.Tapi jika ada yang berminat untuk mencandat sotong dari luar Kelantan boleh terus hubungi kami.Kemanan sahaja lokasi yang anda berminat untuk candat.

Mengikut permintaan tahun sebelum ini, kebiasaannya Bulan May menjadi rebutan para pencandat  untuk menempah tarikh trip. Pemilihan tarikh adalah bergantung kepada cuti-cuti umum dan cuti mingguan Jumaat, Sabtu dan Ahad. Walau bagaimana pun ada juga peserta memilih tarikh-tarikh  mengikut kelapangan masa masing-masing. Pihak kami sedia memberikan servis yang terbaik untuk anda.

Ok..kebiasaannya peserta akan pulang sebelum subuh or selepas subuh tapi terpulang pada peserta la. Kebiasaanya peralatan candat sahaja telah disediakan oleh pihak kami akan tetapi jika peserta ingin membawa peralatan mencandat or memancing sendiri pun bolwh (jika ada).Peserta perlu menggunakan jig yang terbaik untuk mendapatkan hasil yang banyak.

         ( peralatan untuk mencandat & memancing )

Setelah selesai semua, kami semua bergerak ke lokasi mencadat yang mengambil masa 1 or 2 jam (lupa dah ) untuk sampai ke destinasi rumah sotong hehe..

( siapkan peralatan semua & siap sedia untuk bertolak dah )

          (masa otw dang lagi selfie..seronok..harap tak mabuk..hehe)

 

Mesti anda semua tertanya-tanyakan, macamna untuk mengelakkan daripada mabuk lautkan..anda jangan risau,bagi yang mabuk laut kami sediakan pil mabuk untuk anda dan anda boleh la ikut sedikit info yang kami bagi ini untuk anda untuk elakkan dari mabuk..

  • ¬†Sebelum Menyertai Sesuatu Trip Memancing, Pastikan Diri Anda Mendapat Tidur Yang Cukup (Minimum 5 Jam)
  • ¬†Jangan Lupa Makan Terlebih Dahulu, Tapi Jangan Sampai Terlalu Kenyang. Jangan Makan Makanan Yang Mengandungi Minyak Yang Banyak. Apabila Sudah Makan Ianya Dapat Menghindarkan Perut Daripada Dimasuki Angin Yang Boleh Menyebabkan Mabuk.
  • ¬†Ubat-ubatan Seperti Minyak Angin, Balm, Koyok, & Ubat Tahan Mabuk Juga Perlu Disediakan. Makanlah Ubat Tahan Mabuk 1/2 Jam Sebelum Memulakan Sesuatu Trip.
  • ¬†Semasa Di Atas Bot, Badan Jangan Terlalu Membongkok Atau Melihat Ke Bawah, Ini Kerana Jika Keadan Itu Berlaku Ianya Juga Boleh Membuatkan Anda Cepat Merasa Mual Atau Loya, Cubalah Melihat Sesuatu Yang Jauh.
  • Cuba Hindari Daripada Duduk Bedekatan Dengan Bahagian Enjin, Kerana Bau Asap Yang Terhasil Daripada Enjin Tersebut Juga Boleh Membuatkan Anda Mabuk.
  • ¬†Bawalah Bekal Buah-buhan Segar Ataupun Jus Buah. Air 100 Plus Juga Mampu Membantu Mengeluarkan Angin Dari Badan.
  • Satu Lagi Tip Yang Mungkin Dapat Membantu Adalah Dengan Cara Mendengar Muzik.
  • ¬†Jika Tekak Sudah Mula Merasa Mual Atau Ingin Muntah, Sebaiknya Muntahkan Saja Kerana Ianya Akan Membuatkan Badan Anda Lebih Berasa Selesa.
  • ¬†Apabila Cara-cara Di Atas Sudah Dilakukan Dan Masih Tidak Berkesan, Cara Yang Terbaik Adalah Dengan Kembali Ke Darat Dan Berjumpalah Dengan Doktor.

ok info diatas tu cara nak elakkan diri anda dari mabuk laut..sekarang saya nak kongsikan cara untuk memberi pertolongan pada rakan-rakan anda yang tengah mabuk laut..Tapi biasanya kita kurang berminatkan untuk membantu kawan kita yang tengah mabuk, sebab kita risau kita turut akan mabuk apabila membantu mereka. Sepatutnya kita perlu membantu mereka yang tidak berdaya untuk bangun dan bergerak. Jadi disini ada beberapa cara yang boleh membantu mereka :

  • ¬†Mula-mula Anda Harus Membantu Mereka Agar Duduk Bersandar & Kemudian Picit Bahagian Tengkuk Serta Pangkal Telinga Dengan Perlahan-lahan.
  • ¬†Mangsa Perlu Diberi Minum Air Masak/ Mineral Dengan Banyak ¬†Agar Dapat Melegakan Tekak Dan Perutnya. Malah Jika Perlu Air Tersebut Ditambahkan Dengan Gula Dan Garam Bagi Mengantikan Cairan Tubuhnya Yang Sudah Habis Keluar Bersama Muntah. Jika Ini Dilakukan, Ia Akan Lebih Cepat Segar.
  • ¬†Dengan Cara Apapun Perut Harus Diisi, Ini Kerana Selepas Menerima Makanan Atau Minuman, Ia Akan Muntah Semula. Jadi Jangan Bimbang Kerana Ianya Adalah Satu Proses Rawatan Yang Perlu Dilakukan
  • ¬†Rakan Yang Muntah Perlu Dielakkan Daripada Meneruskan Aktiviti Memancing Bagi Memulihkan Kesihatan & Kesegaran Tubuhnya.
  • ¬†Langkah Terbaik, Rebahkan Mangsa Dalam Keadaan Separuh Berbaring Di Luar Kabin Atau Tempat Terbuka Bagi Membolehkan Mangsa Menghirup Udara Segar. Tetapi Ingat , Pastika Mangsa Tidak Menghirup Bau Asap Yang Keluar Dari Enjin Kerana Ia akan Lebih Memudaratkan.
  • Usahakan Agar Rakan Tersebut Tidur Sehingga Dirinya Tersedar Sendiri, Insyaallah Mereka Yang Terkena Mabuk Laut Itu Akan Beransur Pulih Dan Dapat Meneruskan Aktiviti Memancing.
*Samada benar atau tidak kita perlu mencuba terlebih dahulu dan jika mahu mencuba saya sarankan agar berselawat terlebih dahulu. Jika masih mabuk gunakan teknologi terkini dengan menelan pil penahan mabuk dan jika masih gagal, dinasihatkan jangan kelaut. Memancing sahaja di sungai dan tasik (Anda pasti tidak mabuk..hehehe )

  (berehat sementara menunggu sampai ke destinasi..hehe)

Dalam perjalanan kami semua sudah tidak sabar untuk sampai ke destinasi untuk mencandat.. Dah terasa ingin berenang jah..maklum la bot ini lambat sngat bergerak..hehe

Apabila sampai di destinasi rumah sotong tu,kami tidak melengah-lengahkan masa lagi terus kami mulakan aktiviti kami dengan semangatnya tanpa melihat keadaan sekeliling kerana terlalu seronoknya..hehe

      ( ok dah nak start ny hehehe )

Syok weh dapat candat sotong nie..tapi ada jah daripada kami yang memancing sebab frust xdapat sotong hehehe..tapi tak pe sebab boleh cuba lagi..Maklumlah masakan panjang lagi hehehe nak tidur dulu pun tak pe..

( goreng kerepok lekor dulu )

                                    ( Sementara menunggu keropok untuk dimakan ..so kita wefie )

            ( ok kami makan dulu)

Dalam memancing dan mencandat tu jangan la pula lupa untuk makan.. Yelakan perut pun perlu diisi juga walaupun dengan makanan ringan.Kalaua dah perut masuk angin macam mana nak candat lagi..Seronok makan atas bot nie dah terasa macam nelayan la. Bagi yang mengemari aktiviti memancing dan suka laut tak rugi untuk anda join trip macam nie..Boleh makan ala-ala nelayan gitu..hehehe

 

         ( Suka sangat dapat sotong pertama )

Nie haaa…salah seorang peserta kami yang mendapat sotong pertamanya yaa amat besar..Puas hati kata nya. Tersenyum lebar tengok abang tu..

 ( ops pipi pink..hehe )

Seronok je tengok peserta-peserta kami nie, macam-macam ragam ada. Seronok mereka dapat memancing ikan dan mencandat sotong nie..Lepas semua penat candat, ada yang berehat dan ada yang tidur kerana kepenatan dan kepanasan berjemur bawah cahaya matahari..ye la bimbang jadi hitam kan hehehe. Aktiviti mencandat disambung pula waktu malam kerana difahamkan waktu malam sotong lagi banyak dan ada harapan lah untuk kami bawak balik sotong yang banyak nanti..hehehe

     ( hasil candat dan memancing )

Haaa.. nie la hasil dari tangkapan kami..Banyak tak ?? banyak kan ?? sotongnya dah la besar dan segar-segar pula tu.Ikan pun kami dapat banyak la juga walaupun kecik tapi peserta-peserta trip kali ini seronok dan berpuas hati kerana dapat dengan hasil titik peluh sendiri hehe , yela perlu berjaga tengah-tengah malam demi mendapatkan sotong-sotong ini semua.

 ( semua dah penat..kami balik dulu )

  ( dah sampai jeti )

Okkk sotong dan ikan pun dah dapat dan semua pun dah kepenatan kami mengambil keputusan untuk bertolak balik selepas solat subuh dan kami sampai di jeti LKIM Kuala Besar dalam pukul 8 pagi.

Sampai disini sahaja lah coretan cerita saya untuk anda semua. Bagi yang berminat untuk menempah trip mencandat sotong 2018  boleh terus hubungi En Wan Ghafar 010 928 2086 or emailkan ke wan.ghafar@xcelltravel.com untuk maklumat lanjut tentang pakej yang kami dari xcell travel tawarkan untuk anda. Jangan risau kami sedia memberi servis yang terbaik untuk anda dan dijamin anda berpuas hati dengan pakej yang kami tawarkan ini.

 Sekian daripada saya.

 

 

 

Shuttle Service by Xcell Travel

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog Xcell Travel yang dikasihi ūüôā

Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih kerana sudi masuk ke page kami nie,hmm,hari nie saya nak story pasal perkhidmatan lain yang kami sediakan pula.Untuk makluman pembaca semua,kami dari Xcell Travel bukan sahaja menyediakan pakej-pakej percutian untuk pergi bercuti tau,tapi kami juga menyediakan perkhidmatan shuttle dan transfer service kemana sahaja yang anda mahukan,kami sedia membawa anda..tapi kena maklum kepada pihak kami lebih awal laa yer,sebab senang untuk pihak kami uruskan apa-apa yang diperlukan..yelah,bukan apa kalau bagitau last-last minute manelah tau kan van tak de ke,van tengah servis kat kedai ke tak pun jadual kami padat sebab van dah full kan..

Untuk servis yang kami tawarkan ini,kami menyediakan perkhimatan van sewa bersama pemandu dan tanpa pemandu di Kelantan dengan pelbagai model van. Antara perkhidmatan yang kami sediakan ialah, servis ke Airport ,Jetty Kuala Besut ke Perhentian Island  dan diseluruh semenanjung Malaysia,Singapore dan Thailand (hatyai)menari tak?

Hmm,mesti anda semua nak tau jugakkan apa kelebihan sewa van dengan pihak kami dengan orang lain kan??ok,meh saya kongsikan serba sedikit antara kelebihan sewa van dengan kami:

  1. Aircond van sewa yang sejuk dan nyaman untuk kegunaan semua penumpang hadapan dan belakang.
  2. Bantuan kecemasan 24 jam sekiranya berlaku kerosakan. Hubungi kami dan bantuan akan sampai.
  3. Jujur dalam pengembalikan deposit sewa.
  4. Van yang luas, bersih dan selesa (sangat tip top dan gerenti berpuas hati)
  5. Diver van yang peramah dan sporting

 

Perkhidmatan van yang kami tawarkan ini boleh berjalan jauh dan sesuai untuk:

  1. Rombongan
  2. Melancong
  3. Konvokesyen
  4. Trip pejabat
  5. Penggambaran Filem
  6. Majlis kahwin dan nikah
  7. Percutian keluarga dan kawan-kawan
  8. Majlis sukan tadika, sekolah atau universiti
  9. Penghantaran ke KLIA, KLIA2, Subang Airport
  10. Apa saja sebab yang memerlukan anda bergerak secara ramai tetapi jimat dan murah

Kebiasaannya ramai yang mengambil perkhidmatan van dari kami untuk pergi bercuti dengan pakej yang kami tawarkan,rombongan sekolah untuk guru-guru sekolah dan lawatan sambil belajar,majlis kahwin dan nikah,dan sewa untuk satu atau dua hari ke tempat yang diinginkan laa.

Ok,asyik duk membaca je dari tadikan,sekarang saya belanja sikit gambaran van yang kami sediakan di bawah nie.

                                                                                        Ruang dalam yang luas dan selesa

                                                                                            Muka hadapan van yang lebar

 

 

 

                                                                                            Ruang belakang van yang luas

                                                                                      Ruang depan pemandu yang selesa                                                                                        

                                                                       Salah seorang pemandu kami

 

Time ambik orang kat Airport

 

                                                                          Van persiaran pun ada jugak tau

Macam mana ok tak perkhidmatan van kami??sekarang nak cerita pasal kelebihan apabila menyewa van pulak,even ramai yang dah tau pun..huhu:

  1. Van sewa meningkatkan dan mengeratkan silaturrahim di kalangan penumpang.(boleh tambahkan kenalan baru lagi)
  2. Penggunaan van sewa menjanjikan lebih ruang, lebih keselesaan dan lebih penjimatan.
  3. Jumlah penumpang van sewa agak ramai.

Oklah,sampai di sini sahaja coretan yang dapat saya coretkan berkaitan shuttle van dari pihak kami.Kami juga berharap pelanggan-pelanggan sedia ada seperti dari sektor Kerajaan, IPTA, IPTS, Kolej-kolej,sekolah-sekolah dan juga orang perseorangan yang telah berpuas hati dengan perkhidmatan kami agar dapat menyampaikan kepada pihak-pihak yang lain servis yang kami tawarkan ini.Untuk maklumat lebih lanjut boleh terus call/whatsap di 010-928 2086 atau di fb kami http://www.xcelltravel.com/

Sekali lagi terima kasih kerana sudi singgah di blog kami :)Harap bertemu di coretan yang lain lagi yer..Assalamualaikum.

 

 

Shuttle & Transfer dari Kuala Terengganu Airport vs Kota Bharu Airport ke Kuala Besut (Pulau Perhentian)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Ok hari ini saya ingin berkongsi sedikit info tentang berbandingan antara jarak perjalanan bagi pelancong dari luar negeri or negara terutamanya yang ingin bercuti ke Pulau Perhentian Besut,Kuala Terengganu.

Ok ramai yang keliru dan sangka Pulau Perhentian nie dekat je dari Kuala Terengganu Airport, tapi anggapan sesetengah orang luar dari pantai timur nie salah. Hakikatnya Pulau Perhentian nie dekat dan berhampiran lagi dengan Kelantan (sempadan gitu ).

Di sini Anda juga boleh dilihat di peta yang saya kongsikan dari Airport Kota Bharu¬† Ke Jetty Kuala Besut¬†¬†lah dari segi jaraknya. 52 km mengambil masa 1 jam lebih kurang ….

manakala dari Kuala Terengganu Airport To Kuala Besut … jaraknya 107 Km mengambil masa 1 jam 35 Minit…

       ( Kuala Terengganu Airport ke Kuala Besut )

Sumber Rujukan : https://www.rome2rio.com/s/Kuala-Trengganu-Airport-TGG/Kuala-Besut

: https://www.rome2rio.com/s/Kota-Bharu-Airport-KBR/Kuala-Besut

Selain dari itu … kekerapan penerbangan dari KUL To/From¬† KBR jauh lebih tinggi berbanding dengan KUL to/From¬† KT.

Seperti yang anda tahu kan, tiket perjalanan flight dari luar nie macam-macam time nya. Setiap perjalanan itu mengikut jenis flight yang ditempah contohnya Air Asia,Mas,Malindo,Fire Fly & lain-lain semua mase perjalanannya berbeza..so jika anda ingin sa mpai awal ke Destinasi anda iaitu Pulau Perhentian jadi anda kena rancang tiket flight 2 dengan betul ok.

Ok Ok..bagi sesiapa yang menaiki Flight ke Airport Kota Bharu terlalu awal, anda jangan risau kami dari xcell travel menyediakan anda kemudahan penginapan untuk anda berehat di sekitar Kota Bharu sementara menunggu masa untuk bertolak ke Pulau Perhentian.(KB shj).

Harap dengan sedikit info ini anda semua faham lah dengan serba sedikit info yang saya kongsikan pada anda semua. Kami dari xcell travel memberi perkhidmtan pakej pelancongan yang terbaik untuk anda semua. Diharap dengan sedikit info ini anda mempercayai dengan pakej-pakej yang kami tawarkan. Ok kita stop dulu lah, nanti kita cerita-cerita lagi ya..

Sekian terima kasih. ūüôā

Fishing & Snorkeling Trip 4 Hari 3 malam di Pulau Perhentian

DAY 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera..ok loni nak cerita pula pasal pakej fishing & snorkeling trip 4hari 3malam di Pulau Perhentian. Pakej ini disertai 10 orang peserta bersama beberapa orang staf xcell travel. Perjalanan dari Kota Bharu ke jeti Kuala Besut mengambil mase selama 1jam 30minit dengan menaiki van. Kami bertolak ke Kuala Besut pada pukul 7.30 pagi. Dalam perjalanan itu,kami singgah dan berhenti breakfast dulu di Kopitiam Kita dan sesudah itu baru bertolak untuk ke Pulau Perhentian

Kami sampai ke Kuala Besut dalam pukul 11.30 pagi dan menaiki bot yang telah disediakan dijeti. Sesampai di Pulau Perhentian, kami Check-in hotel pilihan iaitu Shaari-La Resort. Akan tetapi makan tengahari tidak disediakan so peserta-peserta perlu makan n minum guna duit sendiri la dulu..hehehe..Ok, Shaari-La Resort ini cantik sangat2 taw, memang tidak menyesal la kalau menginap disini kerana biliknya sungguh cantik dan luas, berhadapan pula dengan pantai jadi boleh la melihat pemandangan dari dalam bilik.

                                                                        ( time otw nak ke Pulau Perhentian )

                                                     (haa nie la Shaari-La Resort)

                                    (haa..nie la bilik kami..cantik sangat taw)

                                (ni la pemandangan dari bilik kami..cantikkan)

Ok, selepas kami check-in resort dan berehat selepas kepenatan dari perjalanan tadi, dalam pukul 4.00 petang kami semua menaiki bot kayu yang terdapat di Pulau ini untuk ke laut bagi melakukan aktiviti fishing & squid jigging trip.( peralatan untuk mencandat sotong sahaja disediakan).Hasil tangkapan kami pada hari itu dibawa pulang untuk membuat BBQ pada malam tersebut dan makan malam diatas bot disediakan la. Makan malam tu ala-ala nelayan hehehe.. Dalam pukul10.00 malam kami pulang ke bilik penginapan semula n siap sedia untuk BBQ  hasil tangkapan tu la pula..huhu

 (bot nie la yang datang ambik kita orang untuk pergi mencandat sotong memancing)

                                                (nie la hasil tangkapan salah seorang daripada kami..hehe)

DAY 2 & 3

untuk hari kedua kami telah mengambil full pakej dari Shaari-La Resort. Pada hari ke 2 & 3 tu kami pagi-pagi lagi bangun dan besiap-siap untuk sarapan pagi yang telah disediakan oleh pihak resort. Selesai makan kami tidak melengahkan masa lagi terus kami siap sedia untuk melakukan aktiviti snorkeling trip disekeliling  Pulau Perhentian. Kami snorkeling di turtle point, shark point & Romantic beach.

                                                                 (snorkeling jomm)

 

                          (cantik ikan-ikan kat sini dah la manja pulak tu)

Selesai snorkeling tu memang la penat sangat tapi seronok taw..selesai tu kami balik bilik penginapan la dalam tengahari macam tu la dan siap-siap untuk makan tengahari yang telah disediakan oleh pihak resort dan petang pula kami telah dihidangkan teh sambil melihat matahari terbenam.Malam pula makanan disediakan oleh pihak resort.

                                     (suasana malam di pulau )

DAY 4

Pada hari ke 4 kami bangun pagi untuk sarapan dan check out dari Shaari-La Resort dalam pukul 10.30 macam tu la dan siap sedia untuk bertolak balik dari Pulau Perhentian ke Jeti Kuala Besut dengan menggunakan bot laju.

Pakej termasuk:

  • Accomodation : Twin sharing
  • 1 BBQ on the boat
  • boat transfer dari jeti Kuala Besut/ Pulau Perhentian / Jeti Kuala Besut
  • 3 breakfast,2 lunch, 2 sunset evening tea break,1 dinner +¬† 1 BBQ + 1 on the boat dinner.
  • ¬†2 X snorkeling trip ke 3 tempat popular di Pulau Perhentian ( Peralatan snorkeling disediakan)
  • Travel Insurance.

Pakej tidak termasuk :

  • Yuran Pemuliharaan Marin RM5.00.

Ok, sampai disini sahaja coretan saya, semoga anda semua terhibur dan suka membaca blog yang kami sediakan untuk anda. kami dari xcell travel menyediakan pakej yang terbaik untuk anda dan dijamin anda akan berpuas hati dengan kami.

SEKIAN TERIMA KASIH..

Langkawi 4 hari 3 malam

 

 

Assalamuaikum, hai buat semua pembaca blog xcell travel yang dikasihi sekalian.

Harini saya sangat berbesar hati untuk berkongsi pengalaman En. Wan Ghaffar membawa peserta yang mengambil pakej pelancongan ke Langkawi selama 4 hari 3 malam seramai 16 orang dari SMUA Tarbiah Diniah, Meranti Pasir Mas, Kelantan dengan bajet RM350 (exclude makan). Bagi pendapat sesetengah orang RM350 untuk percutian di dalam negara tambah-tambah ke Langkawi,Kedah boleh dikatakan agak mahal akan tetapi kalau anda tengok betapa padatnya aktiviti yang kami lakukan sepanjang 4 hari disana, pasti mampu membuatkan anda terkejut lalu terus menyimpan angan-angan untuk ke Langkawi.

 

Dengan menggunakan pengangkutan van, perjalanan dari Kota Bharu – Kuala Perlis mengambil masa kira-kira 8jam. Setibanya di Kuala Perlis, Kami menaiki feri untuk menuju ke Langkawi dengan berharga RM 18 sahaja dan mengambil masa lebih kurang 1jam30minit. Kami mengambil tiket feri pukul 8.oo am.

( ok..beratur panjang la pula untuk menaiki feri menuju ke Langkawi)

Sampai di langkawi, kami menginap di Apartment Mahsuri Idaman, Langkawi. Selepas check in, semua masuk bilik masing-masing. Maklum la penatkan..

Pada jam 3.00 ptg semua peserta berkumpul di Lobi Appartment dan bersiap sedia untuk aktiviti yang pertama iaitu menuju ke Nusantara Maju Enterprise dan Haji Ismail Group Sdn. Bhd untuk shopping pelbagai jenis coklat-coklat.Rambang mata dibuatnya.Tapi maaf tidak sempat nak snap gambar maklumlah dah rambang mata tengok coklat sampai terlupa hehe.

ok, perjalan di Langkawi di akhiri dengan melawat di Nusantara Maju Enterprise yang menyediakan pelbagai jenis ubat-ubatan Tradisional seperti minyak gamat dan macam-macam lagi. Untuk yang berminat datang ke Langkawi nanti bolehlah ke Nusantara Maju Enterprise ini pasti puas hati.

 

Ok., hari ketiga di Langkawi kita teruskan aktiviti¬† yang seterusnya iaitu kami menuju ke….jeng..jeng..jeng.ok2 hari ketiga kami telah berkumpul pada jam 8.00 pagi dan setelah selesai sarapan pagi kami terus menuju ke Geopark dengan persetujuan peserta pakej kami .

Dok sebut pasal Geopark tapi sebenarnya Geopark ini merujuk kepada lokasi-lokasi yang telah diiktirafkan oleh UNIESCO yang mempunyai keunikan geologi tertentu yang termasuklah gunung, batu-batan, sungai, paya bakau, gua, tasik, haiwan liar dan sebagainya. Di Langkawi terdapat 3 lokasi Geopark yang diiktiraf oleh UNESCO iaitu:

  • Kilim Geoforest Park
  • Gunung Machinchang Geoforest Park
  • Tasik Dayang Bunting Geoforest Park

Apa yang kami terangkan tadi merujuk kepada Kilim Geoforest Park. Nak pergi  semua boleh tahan la ongkosnya. Pilih satu or 2 tempat cukuplah tapi bergantung pada bajet anda la kan.

Kami bertolak ke jeti Kilim dengan menaiki van iaitu lokasi untuk menaiki bot. Sampai dilokasi orang boleh dikatakan ramai la juga, maklumlah time hujung minggu. Sesampai saja di situ terus ke kaunter. Projek untuk melawat Geoforest Park ini di usahakan oleh Koperasi Komuniti Kampung Kilim. Untuk menjelajah paya bakau dan juga melihat keindahan pulau-pulau nie terdapat beberapa pekej mangrove tour yang ditawarkan. Kami ambil pekej untuk 2 jam dengan bot yang boleh muat 10 orang.

Pakej nie termasuk melawat sangkar ikan, melihat keindahan hutan bakau, melihat helang, Gua Kelawar, Gua Langsir, Gua Buaya dan Laut Andaman dan dapat lihat ikon Kilim Geoforest Park  dari laut.

Bayar saja tiket, terus saja driver bot datang .Tak payah tunggu lama-lama. Bot boleh tahan besar . OKlah pelayaran bermula.

(baru nak belayar pergi tapi dah makan la pula..hehe)

Keluar sikit saja dari jeti, berdesup brader driver bot memecut menyusuri sungai. Ingat nak bawa slow-slow dapat kami feeling-feeling menikmati keindahan hutan bakau tapi hampeh pula rasa. Apa-apa pun dapat lah melihat sedikit keindahan bakau yang ada di kiri kanan.

Kami tiba di suatu tempat yang terdapat banyak rumah-rumah terapung. Driver bot singgah di salah satu rumah terapung nie. Rupanya rumah-rumah nie ialah sangkar ikan. Kat sini ada beberapa sangkar ikan. Dalam sangkar kat sini bukan setakat ikan saja tetapi ada macam-macam hidupan laut yang di pelihara seperti ketam, udang dan siput.

Perjalanan diteruskan ke Gua Buaya atau Crocodile Cave. Gua nie seperti lorong yang menembusi pulau. Sebab apa dapat nama buaya, mungkin ada buaya kot kat gua nie, entahlah. Gua nie tak berapa luas tetapi bot boleh menyusurinya mengikut keadaan air. Kalau air pasang, bot yang tinggi tak boleh masuk, nanti bumbung sangkut.

Berhampiran jeti Kilim satu lagi tempat untuk dilawati iaitu Gua Kelawar.

Kat sini disediakan torch light untuk disewakan untuk digunakan ketika berada dalam gua. Bolehlah guna untuk suluh kelawar yang bergayut dalam gua nie dan juga suluh jalan.

Kat siling gua terdapat banyak kelawar bergantungan. Gambar gelap sajalah sebab dalam gua tidak dibenarkan mengambil gambar menggunakan flash

                                                                                                                 Hutan Bakau

Bukan setakat kelawar sahaja yang menjadi tarikan tetapi bentuk gua dengan stalaghmite dan stalactite dan juga paya bakau menjadi tarikan.

          monyet ni jadi guide di Gua Kelawar kot..hehe

Gua Kelawar menjadi penutup kepada menjelajah Kilim Geoforest Park. Sangat menarik tetapi maklumat setiap tempat dilawati kami kena baca sendiri jika ada dipaparkan tapi kalau tak ada kami cuma dapat melihat keindahan saja. Mungkin untuk penggemar batu bata dan juga flora dan fauna memahami apa yang dilihat. Untuk pelawat seperti kami rasanya lebih menarik driver bot atau ada juru cakap yang dapat menceritakan serba sedikit tempat-tempat yang dilawati.

Last Day di Langkawi

Hari terakhir di Langkawi, Kami berkumpul awal-awal pagi lagi dari Apartment yang kami menginap dan menuju ke program cikgu-cikgu SMUA Tarbiah Diniah iaitu lawatan ke sekolah dan mesyuarat (lupa la nama tempat tu..hehe).

                                                                                                     Mesyuarat di jalankan

Setelah selesai Mesyuarat ( apa tah ) majlis ditutp dengan pemberian sedikit cenderamata or hadiah la kan pada peserta yang menghadiri mesyuarat ini.

Selesai sudah Mesyuarat ini..Time untuk balik AppartmentMahsuri Idaman untuk kemas-kemas barang-barang n check out dari appartment tersebut pukul 2 petang.

dalam perjalanan untuk ke jeti feri,sempat lagi kami membeli belah dan cuci mata melihat keindahan Pulau Langkawi ini. Taket feri kami pukul 5.00 petang dari Langkawi ke Kuala Perlis.

                                                                                    Banyak pula barang nak bawa macamna ni

                                                                                                          Alamak banyaknya

Oklah feri pun dah ada jadi sampai sini aja lah coretan saya buat anda..Kami balik dulu ye. Ada masa kami cerita lagi tentang pakej kami ini.Terima kasih sudi membaca blog xcell travel 

Terima Kasih Daun Keladi,

Ada Hari Boleh Cerita Lagi.

Top 10 attractions in Nha Trang

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Vestibulum congue volutpat sem vel molestie. Pellentesque porta risus tellus, vitae venenatis velit pharetra et. Suspendisse ullamcorper, lacus vitae lacinia facilisis, mi quam viverra est, in ultricies libero ipsum eu diam. Morbi vestibulum eu ante nec ultricies.

Visit a national park

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Vestibulum congue volutpat sem vel molestie. Pellentesque porta risus tellus, vitae venenatis velit pharetra et. Suspendisse ullamcorper, lacus vitae lacinia facilisis, mi quam viverra est, in ultricies libero ipsum eu diam. Morbi vestibulum eu ante nec ultricies.