Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat pembaca-pembaca blog semua. Ok saya nak bercerita dan berkongsi sedikit pengalaman pihak kami yang membawa sekumpulan peserta yang mengambil pakej dari kami,sambil-sambil itu boleh laa korang semua tau serba sedikit tentang negeri Cik Siti Wan Kembang atau dikenali juga sebagai Serambi Mekah ini.Banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di negeri ini.Tambahan lagi orang-orang di negeri ini bukan setakat ‘comel lote ‘ je tau malah sangat peramah dalam melayan pelancong yang datang ke negeri ini.Nak belajar bahasa kelantan pun boleh tau sebab dialek bahasa yang unik dan sedap untuk didengari tapi nak kene stay lame laa sikit kalau uolls betul-betul nak belajar bahasa kelantan nie 🙂

Sambil-sambil kami menceritakan pengalaman kami membawa pelanggan kami jelajah kelantan nie,kami akan selitkan juga beberapa tempat yang menarik yang ada di Kelantan jadi dalam masa yang sama anda bolehlah merancang perjalanan atau percutian anda ke Kelantan dengan lebih mudah dan terancang yer..

Gambar nie, time nak ambik pelanggan kami kat Airport Kota Bharu

Budha baring di Wat Phothivihan

Tempat first kitaorang pegi kt cnie,Korang mesti dah tau kan tempat nie btul tak?tapi,takpelah saya nak bagitau jugak nama tempat nie sebab takut ada yang tak berapa nak pasti kat mana nie..hmm,Kalau korang nak tau nie adalah patung Budha terbesar di Asia ataupun yang kedua terbesar di dunia. Ia dikenali sebagai patung Budha baring di Wat Phothivihan di Kampung Jambu Batu,Jalan Meranti selepas patung Budha di Myanmar. Untuk maklumat korang terdapat tiga patung yang terbesar yang dikenali di Kelantan.

 

Patung Budha Berdiri  

Patung Budha Duduk

Patung budha berdiri terletak di Kampung Terbok manakala patung budha duduk terletak di Kampong Jubakar, Bunohan.Kedua-duanya terletak di daerah Tumpat Kelantan.Tempat ini,akan di penuhi orang ramai terutamanya pada musim cuti sekolah.memang besar patung-patung nie..kalau nak tau sebesar mana,korang kenalah datang kat sini sendiri barulah tau besar sangat ke patung nie sehingga boleh dinobatkan sebagai patung terbesar di asia nie haa..

Masjid Jubli Perak Sultan Ismail/Masjid Beijing

Seterusnya kita pergi ke Masjid nie.Korang kenal tak masjid apa nie?nie bukan dekat negara China tau..Kat Kelantan je tempat nie.Kalau korang nak tau nie adalah Masjid Jubli Perak Sultan Ismail atau boleh dikenali juga sebagai Masjid Beijing kerana senibinanya yang menyerupai masjid bersejarah yang terletak di Beijing,tak silap nama masjid tu Masjid Niujie..kerana keunikan senibinanya, telah menarik ramai untuk melihatnya,ia terletak di daerah Rantau Panjang dan sangat luas kerana mempunyai dua tingkat.Tingkat pertama untuk aktiviti awam manakala,tingkat yang kedua pula adalah ruang sembahyang.Kalau datang Rantau Panjang tak sah kalau tak singgah di sini.

Cik Minah Songket

Ok,sekarang kita pergi pulak ke kedai Cik Minah Songket yang terletak di Kampung Penambang.Nielah Cik Minah Songket yang terkenal dalam penghasilan kain songket di Kelantan tu,halus je tenuman dia..cepat je dia buat,dah laa pakai cara tradisional lagi tau.mesti kuat kan tangan orang-orang yang kerja kat sini sebab hari-hari tenum kain songket ,lama-lama tengok diorang nie kusyuk tau,nampak senang tapi kalau try buat sendiri hmm faham-faham jelah..nanti kalau korang datang kat Kelantan jangan lupa singgah kat sini tau.


Kedai Pembuatan Wau Pak Shafie di Kampung Badang,P.C.B

Seterusnya,kita beralih pula ke proses pembuatan wau,hmm,korang perasan tak duit syiling yang korang guna selama nie yang lima posen lama tu,yang kat belakang dia ada gambar wau tu?bukan yang baru tau,kalau yang baru nie memang takde laa sebab gambar bunga..huhu.nampak tak kat situ yang selain bunga raya Wau Bulan juga merupakan salah satu simbol yang menjadi kebanggaan kita semua. Sebut je Wau bulan mesti korang dah tau kan kat negeri mana,Kelantan laa jawapannya.

Wau nie bukan sahaja dijadikan aktiviti masa lapang tapi dijadikan juga sebagai pertandingan  kerana dalam proses pembuatan wau ini,ia memerlukan kreativiti yang tinggi serta kehalusan kerja pertukangan yang sabar untuk menghasilkan kecantikan rupa,bunyi busurnya dan mampu ni naikkan (yelah,kalau semua ok,tapi tak naik buat apa kan,huhu).Pelbagai jenis wau telah dihasilkan di sini dalam pelbagai saiz dan rupa tetapi empat jenis wau yang paling popular di sini ialah Wau Bulan,Wau Daun,Wau Kucing dan Wau Jalabudi.Menarik tau tempat nie,rugi kalau korang tak pergi…

 sumber :Foto Fathil Asri           Rumah Pengusaha dodol yang terkenal di Kelantan

Next destinasi kita pula ialah untuk melihat proses pembuatan dodol yang terkenal di Kelantan iaitu di jalan Pasir Mas-Rantau Panjang yang diusahakan oleh Sulaiman Ismail dan isteri, Wan Sabariah Wan Ali di Kuala Lemal.Mereka bukan sahaja terkenal dengan penghasilan dodol yang sedap malah pembuatan serunding juga turut dilakukan oleh mereka.

Untuk pengetahuan korang,berjayanya mereka dalam mengusahakan dodol ini sehingga sesiapa yang melalui jalan utama Pasir Mas-Rantau Panjang pasti tidak akan terlepas pandang daripada memandang rumah yang berwarna hijau yang ukirannya keemasan di tepi jalan sehingga ada yang sanggup berhenti untuk bergambar di hadapan rumah mereka hasil daripada penjualan dodol dari sejak turun temurun lagi.Antara perisa dodolnya adalah gula melaka,durian,pandan dan telur.Korang perlu merasai sendiri kelemakan dan kesedapan dodol di sini.

Pantai Cahaya Bulan

Haa,tempat biasa yang dikunjungi time musim cuti sekolah dari dulu sampai sekarang tak lain tak bukan tempat nie la..Pantai Cahaya Bulan(P.C.B).Walaupun, sekarang dah banyak pantai yang yang baru di buka yang cantik-cantik kat Kelantan seperti Pantai Geting,Pantai Irama,Pantai Bisikan Bayu,Pantai Senok,Pantai Sri Tujuh dan yang terbaru Pantai D’aur(D’aur beach Resort),tetapi P.C.B tetap di hati orang ramai.Di sini,kalau hujung minggu,kalau ada rezeki korang sambil-sambil menikmati makanan yang bergoreng celup tepung,korang boleh menyaksikan juga pertunjukan ular yang berbisa, pesta wau,dan melihat kuda.

sumber: www.thestar.com.my                         Floating Market Pulau Suri,Tumpat

Floating market nie kitaorang tak sempat nak pergi lagi,sebab hanya dibuka pada hari jumaat dan sabtu sahaja.Tak sempat nak pergi time bawak diorang nie.Tapi memang famous laa tempat nie tau,yelah mane tak famousnya pasar terapung pertama di Malaysia nak sama macam dekat Khlong Hae, Songkhla, Thailand tu.Sape-sape yang tak berkesempatan nak pegi Thailand tu,meh je kat sini …macam-macam makanan ada jual tau.tapi kebanyakannya kuih-muih ore kelate lerr.

sumber: jetunnel.blogspot.my                                                     Wakaf Che Yeh

Wakaf Che Yeh nie antara pasar malam yang paling sibuk di kelantan sebab pasar malam yang meriah dan boleh dikatakan barangan yang dijual di sini adalah berpatutan dan rata-rata yang datang ke Kelantan nie takkan terlepas peluang untuk pergi pasar malam nie laa,maybe sebab nak tau sibuk dan meriah macam manelah kot huhu..Kat sini sebenarnya ada dua sesi,sesi pagi dijadikan sebagai pasar borong manakala untuk sesi malam dijadikan pasar malam.

Pelbagai barangan yang dijual di sini,rambang mata dibuatnya tau,kebanyakan yang mengambil pakej dari kami memang takkan terlepas peluang laa pegi sini,tapi gambar selalu terlupa nak ambik sebab dorang excited sangat nak masuk dalam nie..huhu.haa,nanti kalau datang sini,jangan lupa belajar untuk tawar menawar barang yang korang nak beli tau,sebab kalau ada rezeki korang,korang dapatlah harga yang murah tau.Tapi kalau korang tak nak pergi sini,pergi up town Kota Bharu pun ok,kat sana tak laa sesibuk kat sini.

www.mynewshub.cc                                        Kampung Kraf Tangan

Kampung kraf tangan juga merupakan salah satu tempat yang wajib dikunjungi para pelancong sebelum balik tau,sebab di sini korang boleh beli cenderhati atau ole-ole untuk family atau orang yang tersayang dari Kelantan kalau tak sempat nak beli kat tempat lain.Kat dalam ni juga ada tempat makan tau,tempat makan yang famous iaitu Nasi Ulam Cikgu.Kiranya kalau korang lapar ke rambang mata tak tau nak pilih nak beli apa ke kat sini,boleh singgah makan kat Nasi Ulam Cikgu nie.

Hmmm,nama pun nasi ulam kan jadi siapa-siapa yang memang hantu makanan kampung yang suka awek muda sepanjang masa tu,memang menepati selera laa kat tempat nie dan makan kat sini konsep layan diri yer,koraang boleh ambik berapa banyak korang nak dan macam-macam ulam-ulaman  ada tau dan yang penting fresh dari ladang tu.

Ok,last tempat menarik yang wajib dikunjungi korang yang akan membuatkan korang rambang mata kat sini dia nak sama dengan dekat Pengkalan Kubor kiranya korang boleh pilih korang nak pegi kat Rantau Panjang nie ke kat Pengkalan Kuborsebab kedua-dua tempat nie hampir sama,kalau nak dekat sikit Pengkalan Kubor je tapi kalau korang tak penat  & suka berjalan dan banyak bawa duit tu boleh je pergi kedua-duanya.Macam-macam ada jual kat sini macam toto,jersi,patung,baju-baju yang comel-come,beg dan lain-lain lagi laa..nanti korang jangan lupa datang tau..

Oklah,sampai di sini sahaja coretan saya untuk kali nie,sebenarnya banyak lagi tempat-tempat menarik di Kelantan tapi sebab tempat-tempat yang saya sebutkan di atas nie merupakan tempat yang biasa pihak kami bawakan untuk sesiapa yang datang ke Kelantan dan mengambil pakej dari kami.Salam sayang kami dari Xcell Travel.Terima kasih.

**Kalau free-free tu boleh la usya-usya facebook kami yer untuk pakej-pakej yang kami tawarkan.

 

 

 

 

 

Share:

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *