Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog Xcell Travel yang dikasihi 🙂

Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih kerana sudi masuk ke page kami nie,hmm,hari nie saya nak story pasal perkhidmatan lain yang kami sediakan pula.Untuk makluman pembaca semua,kami dari Xcell Travel bukan sahaja menyediakan pakej-pakej percutian untuk pergi bercuti tau,tapi kami juga menyediakan perkhidmatan shuttle dan transfer service kemana sahaja yang anda mahukan,kami sedia membawa anda..tapi kena maklum kepada pihak kami lebih awal laa yer,sebab senang untuk pihak kami uruskan apa-apa yang diperlukan..yelah,bukan apa kalau bagitau last-last minute manelah tau kan van tak de ke,van tengah servis kat kedai ke tak pun jadual kami padat sebab van dah full kan..

Untuk servis yang kami tawarkan ini,kami menyediakan perkhimatan van sewa bersama pemandu dan tanpa pemandu di Kelantan dengan pelbagai model van. Antara perkhidmatan yang kami sediakan ialah, servis ke Airport ,Jetty Kuala Besut ke Perhentian Island  dan diseluruh semenanjung Malaysia,Singapore dan Thailand (hatyai)menari tak?

Hmm,mesti anda semua nak tau jugakkan apa kelebihan sewa van dengan pihak kami dengan orang lain kan??ok,meh saya kongsikan serba sedikit antara kelebihan sewa van dengan kami:

  1. Aircond van sewa yang sejuk dan nyaman untuk kegunaan semua penumpang hadapan dan belakang.
  2. Bantuan kecemasan 24 jam sekiranya berlaku kerosakan. Hubungi kami dan bantuan akan sampai.
  3. Jujur dalam pengembalikan deposit sewa.
  4. Van yang luas, bersih dan selesa (sangat tip top dan gerenti berpuas hati)
  5. Diver van yang peramah dan sporting

 

Perkhidmatan van yang kami tawarkan ini boleh berjalan jauh dan sesuai untuk:

  1. Rombongan
  2. Melancong
  3. Konvokesyen
  4. Trip pejabat
  5. Penggambaran Filem
  6. Majlis kahwin dan nikah
  7. Percutian keluarga dan kawan-kawan
  8. Majlis sukan tadika, sekolah atau universiti
  9. Penghantaran ke KLIA, KLIA2, Subang Airport
  10. Apa saja sebab yang memerlukan anda bergerak secara ramai tetapi jimat dan murah

Kebiasaannya ramai yang mengambil perkhidmatan van dari kami untuk pergi bercuti dengan pakej yang kami tawarkan,rombongan sekolah untuk guru-guru sekolah dan lawatan sambil belajar,majlis kahwin dan nikah,dan sewa untuk satu atau dua hari ke tempat yang diinginkan laa.

Ok,asyik duk membaca je dari tadikan,sekarang saya belanja sikit gambaran van yang kami sediakan di bawah nie.

                                                                                        Ruang dalam yang luas dan selesa

                                                                                            Muka hadapan van yang lebar

 

 

 

                                                                                            Ruang belakang van yang luas

                                                                                      Ruang depan pemandu yang selesa                                                                                        

                                                                       Salah seorang pemandu kami

 

Time ambik orang kat Airport

 

                                                                          Van persiaran pun ada jugak tau

Macam mana ok tak perkhidmatan van kami??sekarang nak cerita pasal kelebihan apabila menyewa van pulak,even ramai yang dah tau pun..huhu:

  1. Van sewa meningkatkan dan mengeratkan silaturrahim di kalangan penumpang.(boleh tambahkan kenalan baru lagi)
  2. Penggunaan van sewa menjanjikan lebih ruang, lebih keselesaan dan lebih penjimatan.
  3. Jumlah penumpang van sewa agak ramai.

Oklah,sampai di sini sahaja coretan yang dapat saya coretkan berkaitan shuttle van dari pihak kami.Kami juga berharap pelanggan-pelanggan sedia ada seperti dari sektor Kerajaan, IPTA, IPTS, Kolej-kolej,sekolah-sekolah dan juga orang perseorangan yang telah berpuas hati dengan perkhidmatan kami agar dapat menyampaikan kepada pihak-pihak yang lain servis yang kami tawarkan ini.Untuk maklumat lebih lanjut boleh terus call/whatsap di 010-928 2086 atau di fb kami http://www.xcelltravel.com/

Sekali lagi terima kasih kerana sudi singgah di blog kami :)Harap bertemu di coretan yang lain lagi yer..Assalamualaikum.

 

 

Share:

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *