Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Ok hari nie saya nak berkongsi story pula yang salah seorang staff kami dari xcell travel membawa seramai 10 orang peserta yang mengambil pakej kami bagi trip mencandat sotong di Kota Bharu. Kami menaiki bot kayu di LKIM Kuala Besar . Peserta berkumpul di jeti LKIM Kuala Besar pada pukul 3.00 untuk bertolak ke destinasi candat.Apabila sampai ke destinasi peserta bolehlah mula bercandat atau memancing.Tapi jika ada yang berminat untuk mencandat sotong dari luar Kelantan boleh terus hubungi kami.Kemanan sahaja lokasi yang anda berminat untuk candat.

Mengikut permintaan tahun sebelum ini, kebiasaannya Bulan May menjadi rebutan para pencandat  untuk menempah tarikh trip. Pemilihan tarikh adalah bergantung kepada cuti-cuti umum dan cuti mingguan Jumaat, Sabtu dan Ahad. Walau bagaimana pun ada juga peserta memilih tarikh-tarikh  mengikut kelapangan masa masing-masing. Pihak kami sedia memberikan servis yang terbaik untuk anda.

Ok..kebiasaannya peserta akan pulang sebelum subuh or selepas subuh tapi terpulang pada peserta la. Kebiasaanya peralatan candat sahaja telah disediakan oleh pihak kami akan tetapi jika peserta ingin membawa peralatan mencandat or memancing sendiri pun bolwh (jika ada).Peserta perlu menggunakan jig yang terbaik untuk mendapatkan hasil yang banyak.

         ( peralatan untuk mencandat & memancing )

Setelah selesai semua, kami semua bergerak ke lokasi mencadat yang mengambil masa 1 or 2 jam (lupa dah ) untuk sampai ke destinasi rumah sotong hehe..

( siapkan peralatan semua & siap sedia untuk bertolak dah )

          (masa otw dang lagi selfie..seronok..harap tak mabuk..hehe)

 

Mesti anda semua tertanya-tanyakan, macamna untuk mengelakkan daripada mabuk lautkan..anda jangan risau,bagi yang mabuk laut kami sediakan pil mabuk untuk anda dan anda boleh la ikut sedikit info yang kami bagi ini untuk anda untuk elakkan dari mabuk..

  •  Sebelum Menyertai Sesuatu Trip Memancing, Pastikan Diri Anda Mendapat Tidur Yang Cukup (Minimum 5 Jam)
  •  Jangan Lupa Makan Terlebih Dahulu, Tapi Jangan Sampai Terlalu Kenyang. Jangan Makan Makanan Yang Mengandungi Minyak Yang Banyak. Apabila Sudah Makan Ianya Dapat Menghindarkan Perut Daripada Dimasuki Angin Yang Boleh Menyebabkan Mabuk.
  •  Ubat-ubatan Seperti Minyak Angin, Balm, Koyok, & Ubat Tahan Mabuk Juga Perlu Disediakan. Makanlah Ubat Tahan Mabuk 1/2 Jam Sebelum Memulakan Sesuatu Trip.
  •  Semasa Di Atas Bot, Badan Jangan Terlalu Membongkok Atau Melihat Ke Bawah, Ini Kerana Jika Keadan Itu Berlaku Ianya Juga Boleh Membuatkan Anda Cepat Merasa Mual Atau Loya, Cubalah Melihat Sesuatu Yang Jauh.
  • Cuba Hindari Daripada Duduk Bedekatan Dengan Bahagian Enjin, Kerana Bau Asap Yang Terhasil Daripada Enjin Tersebut Juga Boleh Membuatkan Anda Mabuk.
  •  Bawalah Bekal Buah-buhan Segar Ataupun Jus Buah. Air 100 Plus Juga Mampu Membantu Mengeluarkan Angin Dari Badan.
  • Satu Lagi Tip Yang Mungkin Dapat Membantu Adalah Dengan Cara Mendengar Muzik.
  •  Jika Tekak Sudah Mula Merasa Mual Atau Ingin Muntah, Sebaiknya Muntahkan Saja Kerana Ianya Akan Membuatkan Badan Anda Lebih Berasa Selesa.
  •  Apabila Cara-cara Di Atas Sudah Dilakukan Dan Masih Tidak Berkesan, Cara Yang Terbaik Adalah Dengan Kembali Ke Darat Dan Berjumpalah Dengan Doktor.

ok info diatas tu cara nak elakkan diri anda dari mabuk laut..sekarang saya nak kongsikan cara untuk memberi pertolongan pada rakan-rakan anda yang tengah mabuk laut..Tapi biasanya kita kurang berminatkan untuk membantu kawan kita yang tengah mabuk, sebab kita risau kita turut akan mabuk apabila membantu mereka. Sepatutnya kita perlu membantu mereka yang tidak berdaya untuk bangun dan bergerak. Jadi disini ada beberapa cara yang boleh membantu mereka :

  •  Mula-mula Anda Harus Membantu Mereka Agar Duduk Bersandar & Kemudian Picit Bahagian Tengkuk Serta Pangkal Telinga Dengan Perlahan-lahan.
  •  Mangsa Perlu Diberi Minum Air Masak/ Mineral Dengan Banyak  Agar Dapat Melegakan Tekak Dan Perutnya. Malah Jika Perlu Air Tersebut Ditambahkan Dengan Gula Dan Garam Bagi Mengantikan Cairan Tubuhnya Yang Sudah Habis Keluar Bersama Muntah. Jika Ini Dilakukan, Ia Akan Lebih Cepat Segar.
  •  Dengan Cara Apapun Perut Harus Diisi, Ini Kerana Selepas Menerima Makanan Atau Minuman, Ia Akan Muntah Semula. Jadi Jangan Bimbang Kerana Ianya Adalah Satu Proses Rawatan Yang Perlu Dilakukan
  •  Rakan Yang Muntah Perlu Dielakkan Daripada Meneruskan Aktiviti Memancing Bagi Memulihkan Kesihatan & Kesegaran Tubuhnya.
  •  Langkah Terbaik, Rebahkan Mangsa Dalam Keadaan Separuh Berbaring Di Luar Kabin Atau Tempat Terbuka Bagi Membolehkan Mangsa Menghirup Udara Segar. Tetapi Ingat , Pastika Mangsa Tidak Menghirup Bau Asap Yang Keluar Dari Enjin Kerana Ia akan Lebih Memudaratkan.
  • Usahakan Agar Rakan Tersebut Tidur Sehingga Dirinya Tersedar Sendiri, Insyaallah Mereka Yang Terkena Mabuk Laut Itu Akan Beransur Pulih Dan Dapat Meneruskan Aktiviti Memancing.
*Samada benar atau tidak kita perlu mencuba terlebih dahulu dan jika mahu mencuba saya sarankan agar berselawat terlebih dahulu. Jika masih mabuk gunakan teknologi terkini dengan menelan pil penahan mabuk dan jika masih gagal, dinasihatkan jangan kelaut. Memancing sahaja di sungai dan tasik (Anda pasti tidak mabuk..hehehe )

  (berehat sementara menunggu sampai ke destinasi..hehe)

Dalam perjalanan kami semua sudah tidak sabar untuk sampai ke destinasi untuk mencandat.. Dah terasa ingin berenang jah..maklum la bot ini lambat sngat bergerak..hehe

Apabila sampai di destinasi rumah sotong tu,kami tidak melengah-lengahkan masa lagi terus kami mulakan aktiviti kami dengan semangatnya tanpa melihat keadaan sekeliling kerana terlalu seronoknya..hehe

      ( ok dah nak start ny hehehe )

Syok weh dapat candat sotong nie..tapi ada jah daripada kami yang memancing sebab frust xdapat sotong hehehe..tapi tak pe sebab boleh cuba lagi..Maklumlah masakan panjang lagi hehehe nak tidur dulu pun tak pe..

( goreng kerepok lekor dulu )

                                    ( Sementara menunggu keropok untuk dimakan ..so kita wefie )

            ( ok kami makan dulu)

Dalam memancing dan mencandat tu jangan la pula lupa untuk makan.. Yelakan perut pun perlu diisi juga walaupun dengan makanan ringan.Kalaua dah perut masuk angin macam mana nak candat lagi..Seronok makan atas bot nie dah terasa macam nelayan la. Bagi yang mengemari aktiviti memancing dan suka laut tak rugi untuk anda join trip macam nie..Boleh makan ala-ala nelayan gitu..hehehe

 

         ( Suka sangat dapat sotong pertama )

Nie haaa…salah seorang peserta kami yang mendapat sotong pertamanya yaa amat besar..Puas hati kata nya. Tersenyum lebar tengok abang tu..

 ( ops pipi pink..hehe )

Seronok je tengok peserta-peserta kami nie, macam-macam ragam ada. Seronok mereka dapat memancing ikan dan mencandat sotong nie..Lepas semua penat candat, ada yang berehat dan ada yang tidur kerana kepenatan dan kepanasan berjemur bawah cahaya matahari..ye la bimbang jadi hitam kan hehehe. Aktiviti mencandat disambung pula waktu malam kerana difahamkan waktu malam sotong lagi banyak dan ada harapan lah untuk kami bawak balik sotong yang banyak nanti..hehehe

     ( hasil candat dan memancing )

Haaa.. nie la hasil dari tangkapan kami..Banyak tak ?? banyak kan ?? sotongnya dah la besar dan segar-segar pula tu.Ikan pun kami dapat banyak la juga walaupun kecik tapi peserta-peserta trip kali ini seronok dan berpuas hati kerana dapat dengan hasil titik peluh sendiri hehe , yela perlu berjaga tengah-tengah malam demi mendapatkan sotong-sotong ini semua.

 ( semua dah penat..kami balik dulu )

  ( dah sampai jeti )

Okkk sotong dan ikan pun dah dapat dan semua pun dah kepenatan kami mengambil keputusan untuk bertolak balik selepas solat subuh dan kami sampai di jeti LKIM Kuala Besar dalam pukul 8 pagi.

Sampai disini sahaja lah coretan cerita saya untuk anda semua. Bagi yang berminat untuk menempah trip mencandat sotong 2018  boleh terus hubungi En Wan Ghafar 010 928 2086 or emailkan ke wan.ghafar@xcelltravel.com untuk maklumat lanjut tentang pakej yang kami dari xcell travel tawarkan untuk anda. Jangan risau kami sedia memberi servis yang terbaik untuk anda dan dijamin anda berpuas hati dengan pakej yang kami tawarkan ini.

 Sekian daripada saya.

 

 

 

Share:

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *