Customerwithtravelplan

Kelantan City Tour

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat pembaca-pembaca blog semua. Ok saya nak bercerita dan berkongsi sedikit pengalaman pihak kami yang membawa sekumpulan peserta yang mengambil pakej dari kami,sambil-sambil itu boleh laa korang semua tau serba sedikit tentang negeri Cik Siti Wan Kembang atau dikenali juga sebagai Serambi Mekah ini.Banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di negeri ini.Tambahan lagi orang-orang di negeri ini bukan setakat ‘comel lote ‘ je tau malah sangat peramah dalam melayan pelancong yang datang ke negeri ini.Nak belajar bahasa kelantan pun boleh tau sebab dialek bahasa yang unik dan sedap untuk didengari tapi nak kene stay lame laa sikit kalau uolls betul-betul nak belajar bahasa kelantan nie đŸ™‚

Sambil-sambil kami menceritakan pengalaman kami membawa pelanggan kami jelajah kelantan nie,kami akan selitkan juga beberapa tempat yang menarik yang ada di Kelantan jadi dalam masa yang sama anda bolehlah merancang perjalanan atau percutian anda ke Kelantan dengan lebih mudah dan terancang yer..

Gambar nie, time nak ambik pelanggan kami kat Airport Kota Bharu

Budha baring di Wat Phothivihan

Tempat first kitaorang pegi kt cnie,Korang mesti dah tau kan tempat nie btul tak?tapi,takpelah saya nak bagitau jugak nama tempat nie sebab takut ada yang tak berapa nak pasti kat mana nie..hmm,Kalau korang nak tau nie adalah patung Budha terbesar di Asia ataupun yang kedua terbesar di dunia. Ia dikenali sebagai patung Budha baring di Wat Phothivihan di Kampung Jambu Batu,Jalan Meranti selepas patung Budha di Myanmar. Untuk maklumat korang terdapat tiga patung yang terbesar yang dikenali di Kelantan.

 

Patung Budha Berdiri  

Patung Budha Duduk

Patung budha berdiri terletak di Kampung Terbok manakala patung budha duduk terletak di Kampong Jubakar, Bunohan.Kedua-duanya terletak di daerah Tumpat Kelantan.Tempat ini,akan di penuhi orang ramai terutamanya pada musim cuti sekolah.memang besar patung-patung nie..kalau nak tau sebesar mana,korang kenalah datang kat sini sendiri barulah tau besar sangat ke patung nie sehingga boleh dinobatkan sebagai patung terbesar di asia nie haa..

Masjid Jubli Perak Sultan Ismail/Masjid Beijing

Seterusnya kita pergi ke Masjid nie.Korang kenal tak masjid apa nie?nie bukan dekat negara China tau..Kat Kelantan je tempat nie.Kalau korang nak tau nie adalah Masjid Jubli Perak Sultan Ismail atau boleh dikenali juga sebagai Masjid Beijing kerana senibinanya yang menyerupai masjid bersejarah yang terletak di Beijing,tak silap nama masjid tu Masjid Niujie..kerana keunikan senibinanya, telah menarik ramai untuk melihatnya,ia terletak di daerah Rantau Panjang dan sangat luas kerana mempunyai dua tingkat.Tingkat pertama untuk aktiviti awam manakala,tingkat yang kedua pula adalah ruang sembahyang.Kalau datang Rantau Panjang tak sah kalau tak singgah di sini.

Cik Minah Songket

Ok,sekarang kita pergi pulak ke kedai Cik Minah Songket yang terletak di Kampung Penambang.Nielah Cik Minah Songket yang terkenal dalam penghasilan kain songket di Kelantan tu,halus je tenuman dia..cepat je dia buat,dah laa pakai cara tradisional lagi tau.mesti kuat kan tangan orang-orang yang kerja kat sini sebab hari-hari tenum kain songket ,lama-lama tengok diorang nie kusyuk tau,nampak senang tapi kalau try buat sendiri hmm faham-faham jelah..nanti kalau korang datang kat Kelantan jangan lupa singgah kat sini tau.


Kedai Pembuatan Wau Pak Shafie di Kampung Badang,P.C.B

Seterusnya,kita beralih pula ke proses pembuatan wau,hmm,korang perasan tak duit syiling yang korang guna selama nie yang lima posen lama tu,yang kat belakang dia ada gambar wau tu?bukan yang baru tau,kalau yang baru nie memang takde laa sebab gambar bunga..huhu.nampak tak kat situ yang selain bunga raya Wau Bulan juga merupakan salah satu simbol yang menjadi kebanggaan kita semua. Sebut je Wau bulan mesti korang dah tau kan kat negeri mana,Kelantan laa jawapannya.

Wau nie bukan sahaja dijadikan aktiviti masa lapang tapi dijadikan juga sebagai pertandingan  kerana dalam proses pembuatan wau ini,ia memerlukan kreativiti yang tinggi serta kehalusan kerja pertukangan yang sabar untuk menghasilkan kecantikan rupa,bunyi busurnya dan mampu ni naikkan (yelah,kalau semua ok,tapi tak naik buat apa kan,huhu).Pelbagai jenis wau telah dihasilkan di sini dalam pelbagai saiz dan rupa tetapi empat jenis wau yang paling popular di sini ialah Wau Bulan,Wau Daun,Wau Kucing dan Wau Jalabudi.Menarik tau tempat nie,rugi kalau korang tak pergi…

 sumber :Foto Fathil Asri           Rumah Pengusaha dodol yang terkenal di Kelantan

Next destinasi kita pula ialah untuk melihat proses pembuatan dodol yang terkenal di Kelantan iaitu di jalan Pasir Mas-Rantau Panjang yang diusahakan oleh Sulaiman Ismail dan isteri, Wan Sabariah Wan Ali di Kuala Lemal.Mereka bukan sahaja terkenal dengan penghasilan dodol yang sedap malah pembuatan serunding juga turut dilakukan oleh mereka.

Untuk pengetahuan korang,berjayanya mereka dalam mengusahakan dodol ini sehingga sesiapa yang melalui jalan utama Pasir Mas-Rantau Panjang pasti tidak akan terlepas pandang daripada memandang rumah yang berwarna hijau yang ukirannya keemasan di tepi jalan sehingga ada yang sanggup berhenti untuk bergambar di hadapan rumah mereka hasil daripada penjualan dodol dari sejak turun temurun lagi.Antara perisa dodolnya adalah gula melaka,durian,pandan dan telur.Korang perlu merasai sendiri kelemakan dan kesedapan dodol di sini.

Pantai Cahaya Bulan

Haa,tempat biasa yang dikunjungi time musim cuti sekolah dari dulu sampai sekarang tak lain tak bukan tempat nie la..Pantai Cahaya Bulan(P.C.B).Walaupun, sekarang dah banyak pantai yang yang baru di buka yang cantik-cantik kat Kelantan seperti Pantai Geting,Pantai Irama,Pantai Bisikan Bayu,Pantai Senok,Pantai Sri Tujuh dan yang terbaru Pantai D’aur(D’aur beach Resort),tetapi P.C.B tetap di hati orang ramai.Di sini,kalau hujung minggu,kalau ada rezeki korang sambil-sambil menikmati makanan yang bergoreng celup tepung,korang boleh menyaksikan juga pertunjukan ular yang berbisa, pesta wau,dan melihat kuda.

sumber: www.thestar.com.my                         Floating Market Pulau Suri,Tumpat

Floating market nie kitaorang tak sempat nak pergi lagi,sebab hanya dibuka pada hari jumaat dan sabtu sahaja.Tak sempat nak pergi time bawak diorang nie.Tapi memang famous laa tempat nie tau,yelah mane tak famousnya pasar terapung pertama di Malaysia nak sama macam dekat Khlong Hae, Songkhla, Thailand tu.Sape-sape yang tak berkesempatan nak pegi Thailand tu,meh je kat sini …macam-macam makanan ada jual tau.tapi kebanyakannya kuih-muih ore kelate lerr.

sumber: jetunnel.blogspot.my                                                     Wakaf Che Yeh

Wakaf Che Yeh nie antara pasar malam yang paling sibuk di kelantan sebab pasar malam yang meriah dan boleh dikatakan barangan yang dijual di sini adalah berpatutan dan rata-rata yang datang ke Kelantan nie takkan terlepas peluang untuk pergi pasar malam nie laa,maybe sebab nak tau sibuk dan meriah macam manelah kot huhu..Kat sini sebenarnya ada dua sesi,sesi pagi dijadikan sebagai pasar borong manakala untuk sesi malam dijadikan pasar malam.

Pelbagai barangan yang dijual di sini,rambang mata dibuatnya tau,kebanyakan yang mengambil pakej dari kami memang takkan terlepas peluang laa pegi sini,tapi gambar selalu terlupa nak ambik sebab dorang excited sangat nak masuk dalam nie..huhu.haa,nanti kalau datang sini,jangan lupa belajar untuk tawar menawar barang yang korang nak beli tau,sebab kalau ada rezeki korang,korang dapatlah harga yang murah tau.Tapi kalau korang tak nak pergi sini,pergi up town Kota Bharu pun ok,kat sana tak laa sesibuk kat sini.

www.mynewshub.cc                                        Kampung Kraf Tangan

Kampung kraf tangan juga merupakan salah satu tempat yang wajib dikunjungi para pelancong sebelum balik tau,sebab di sini korang boleh beli cenderhati atau ole-ole untuk family atau orang yang tersayang dari Kelantan kalau tak sempat nak beli kat tempat lain.Kat dalam ni juga ada tempat makan tau,tempat makan yang famous iaitu Nasi Ulam Cikgu.Kiranya kalau korang lapar ke rambang mata tak tau nak pilih nak beli apa ke kat sini,boleh singgah makan kat Nasi Ulam Cikgu nie.

Hmmm,nama pun nasi ulam kan jadi siapa-siapa yang memang hantu makanan kampung yang suka awek muda sepanjang masa tu,memang menepati selera laa kat tempat nie dan makan kat sini konsep layan diri yer,koraang boleh ambik berapa banyak korang nak dan macam-macam ulam-ulaman  ada tau dan yang penting fresh dari ladang tu.

Ok,last tempat menarik yang wajib dikunjungi korang yang akan membuatkan korang rambang mata kat sini dia nak sama dengan dekat Pengkalan Kubor kiranya korang boleh pilih korang nak pegi kat Rantau Panjang nie ke kat Pengkalan Kuborsebab kedua-dua tempat nie hampir sama,kalau nak dekat sikit Pengkalan Kubor je tapi kalau korang tak penat  & suka berjalan dan banyak bawa duit tu boleh je pergi kedua-duanya.Macam-macam ada jual kat sini macam toto,jersi,patung,baju-baju yang comel-come,beg dan lain-lain lagi laa..nanti korang jangan lupa datang tau..

Oklah,sampai di sini sahaja coretan saya untuk kali nie,sebenarnya banyak lagi tempat-tempat menarik di Kelantan tapi sebab tempat-tempat yang saya sebutkan di atas nie merupakan tempat yang biasa pihak kami bawakan untuk sesiapa yang datang ke Kelantan dan mengambil pakej dari kami.Salam sayang kami dari Xcell Travel.Terima kasih.

**Kalau free-free tu boleh la usya-usya facebook kami yer untuk pakej-pakej yang kami tawarkan.

 

 

 

 

 

These educators become leaders in their communities, joining forces with other community members and organizations to expand support and create sustainable change my revision here in the slums.

Shuttle Service by Xcell Travel

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog Xcell Travel yang dikasihi đŸ™‚

Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih kerana sudi masuk ke page kami nie,hmm,hari nie saya nak story pasal perkhidmatan lain yang kami sediakan pula.Untuk makluman pembaca semua,kami dari Xcell Travel bukan sahaja menyediakan pakej-pakej percutian untuk pergi bercuti tau,tapi kami juga menyediakan perkhidmatan shuttle dan transfer service kemana sahaja yang anda mahukan,kami sedia membawa anda..tapi kena maklum kepada pihak kami lebih awal laa yer,sebab senang untuk pihak kami uruskan apa-apa yang diperlukan..yelah,bukan apa kalau bagitau last-last minute manelah tau kan van tak de ke,van tengah servis kat kedai ke tak pun jadual kami padat sebab van dah full kan..

Untuk servis yang kami tawarkan ini,kami menyediakan perkhimatan van sewa bersama pemandu dan tanpa pemandu di Kelantan dengan pelbagai model van. Antara perkhidmatan yang kami sediakan ialah, servis ke Airport ,Jetty Kuala Besut ke Perhentian Island  dan diseluruh semenanjung Malaysia,Singapore dan Thailand (hatyai)menari tak?

Hmm,mesti anda semua nak tau jugakkan apa kelebihan sewa van dengan pihak kami dengan orang lain kan??ok,meh saya kongsikan serba sedikit antara kelebihan sewa van dengan kami:

  1. Aircond van sewa yang sejuk dan nyaman untuk kegunaan semua penumpang hadapan dan belakang.
  2. Bantuan kecemasan 24 jam sekiranya berlaku kerosakan. Hubungi kami dan bantuan akan sampai.
  3. Jujur dalam pengembalikan deposit sewa.
  4. Van yang luas, bersih dan selesa (sangat tip top dan gerenti berpuas hati)
  5. Diver van yang peramah dan sporting

 

Perkhidmatan van yang kami tawarkan ini boleh berjalan jauh dan sesuai untuk:

  1. Rombongan
  2. Melancong
  3. Konvokesyen
  4. Trip pejabat
  5. Penggambaran Filem
  6. Majlis kahwin dan nikah
  7. Percutian keluarga dan kawan-kawan
  8. Majlis sukan tadika, sekolah atau universiti
  9. Penghantaran ke KLIA, KLIA2, Subang Airport
  10. Apa saja sebab yang memerlukan anda bergerak secara ramai tetapi jimat dan murah

Kebiasaannya ramai yang mengambil perkhidmatan van dari kami untuk pergi bercuti dengan pakej yang kami tawarkan,rombongan sekolah untuk guru-guru sekolah dan lawatan sambil belajar,majlis kahwin dan nikah,dan sewa untuk satu atau dua hari ke tempat yang diinginkan laa.

Ok,asyik duk membaca je dari tadikan,sekarang saya belanja sikit gambaran van yang kami sediakan di bawah nie.

                                                                                        Ruang dalam yang luas dan selesa

                                                                                            Muka hadapan van yang lebar

 

 

 

                                                                                            Ruang belakang van yang luas

                                                                                      Ruang depan pemandu yang selesa                                                                                        

                                                                       Salah seorang pemandu kami

 

Time ambik orang kat Airport

 

                                                                          Van persiaran pun ada jugak tau

Macam mana ok tak perkhidmatan van kami??sekarang nak cerita pasal kelebihan apabila menyewa van pulak,even ramai yang dah tau pun..huhu:

  1. Van sewa meningkatkan dan mengeratkan silaturrahim di kalangan penumpang.(boleh tambahkan kenalan baru lagi)
  2. Penggunaan van sewa menjanjikan lebih ruang, lebih keselesaan dan lebih penjimatan.
  3. Jumlah penumpang van sewa agak ramai.

Oklah,sampai di sini sahaja coretan yang dapat saya coretkan berkaitan shuttle van dari pihak kami.Kami juga berharap pelanggan-pelanggan sedia ada seperti dari sektor Kerajaan, IPTA, IPTS, Kolej-kolej,sekolah-sekolah dan juga orang perseorangan yang telah berpuas hati dengan perkhidmatan kami agar dapat menyampaikan kepada pihak-pihak yang lain servis yang kami tawarkan ini.Untuk maklumat lebih lanjut boleh terus call/whatsap di 010-928 2086 atau di fb kami http://www.xcelltravel.com/

Sekali lagi terima kasih kerana sudi singgah di blog kami :)Harap bertemu di coretan yang lain lagi yer..Assalamualaikum.

 

 

Photo credit eugenia lee, dignitas project, 2012 dignitas aims to write my research paper empower the community by offering training and resources to kenyan educators in an effort to build on strengths that are already present.

Shuttle & Transfer dari Kuala Terengganu Airport vs Kota Bharu Airport ke Kuala Besut (Pulau Perhentian)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Ok hari ini saya ingin berkongsi sedikit info tentang berbandingan antara jarak perjalanan bagi pelancong dari luar negeri or negara terutamanya yang ingin bercuti ke Pulau Perhentian Besut,Kuala Terengganu.

Ok ramai yang keliru dan sangka Pulau Perhentian nie dekat je dari Kuala Terengganu Airport, tapi anggapan sesetengah orang luar dari pantai timur nie salah. Hakikatnya Pulau Perhentian nie dekat dan berhampiran lagi dengan Kelantan (sempadan gitu ).

Di sini Anda juga boleh dilihat di peta yang saya kongsikan dari Airport Kota Bharu  Ke Jetty Kuala Besut  lah dari segi jaraknya. 52 km mengambil masa 1 jam lebih kurang ….

manakala dari Kuala Terengganu Airport To Kuala Besut … jaraknya 107 Km mengambil masa 1 jam 35 Minit…

       ( Kuala Terengganu Airport ke Kuala Besut )

Sumber Rujukan : https://www.rome2rio.com/s/Kuala-Trengganu-Airport-TGG/Kuala-Besut

https://www.rome2rio.com/s/Kota-Bharu-Airport-KBR/Kuala-Besut

Selain dari itu … kekerapan penerbangan dari KUL To/From  KBR jauh lebih tinggi berbanding dengan KUL to/From  KT.

Seperti yang anda tahu kan, tiket perjalanan flight dari luar nie macam-macam time nya. Setiap perjalanan itu mengikut jenis flight yang ditempah contohnya Air Asia,Mas,Malindo,Fire Fly & lain-lain semua mase perjalanannya berbeza..so jika anda ingin sa mpai awal ke Destinasi anda iaitu Pulau Perhentian jadi anda kena rancang tiket flight 2 dengan betul ok.

Ok Ok..bagi sesiapa yang menaiki Flight ke Airport Kota Bharu terlalu awal, anda jangan risau kami dari xcell travel menyediakan anda kemudahan penginapan untuk anda berehat di sekitar Kota Bharu sementara menunggu masa untuk bertolak ke Pulau Perhentian.(KB shj).

Harap dengan sedikit info ini anda semua faham lah dengan serba sedikit info yang saya kongsikan pada anda semua. Kami dari xcell travel memberi perkhidmtan pakej pelancongan yang terbaik untuk anda semua. Diharap dengan sedikit info ini anda mempercayai dengan pakej-pakej yang kami tawarkan. Ok kita stop dulu lah, nanti kita cerita-cerita lagi ya..

Sekian terima kasih. đŸ™‚

Srivastava s, srikanth e, handy Ă¼berwachung app liebau e, rathaur s.