dijaminpuashati

Mereka yang Nak Ke Pengkalan Kubur , tempat tempat yang sesuai Dilawati Sepanjang Perjalanan

Jarak perjalanan daripada bandar Kota Bharu  Ke Pengkalan Kubur adalah sejauh kira-kira 25 kilometer dan lebih kurang 10 kilometer dari bandar Tumpat. Ia bersempadan dengan Thailand, iaitu pekan Takbai,Narathiwat.Daripada pekan Takbai,jaraknya adalah lebih kurang 2 kilometer dengan jalan pengangkutan air seperti Feri dan bot.

Antara tempat persinggahan yang dicadangkan oleh admin adalah seperti berikut :

Pengusaha Serunding kampung Laut

KAMPUNG Laut di Tumpat sememangnya terkenal dengan perusahaan serunding, malah ia mendapat jolokan perkampungan serunding dek kerana populariti makanan tradisi negeri Kelantan itu.

Perusahaan yang diwarisi turun temurun itu diusahakan lebih 60 pengusaha yang asalnya melakukannya secara tradisional dan kecil-kecilan di rumah.

Tokong Wat Photivihan (Buddha Tidur)

Patung Budha Baring di Wat Phothivihan di Kampong Jambu, Jalan Meranti yang kedua terbesar di dunia selepas Myannmar. Wat Photivihan menjadi kebanggaan

masyarakat berketurunan Siam di Kelantan dan Malaysia. patung Budha baring itu sepanjang 40.9 meter dan tinggi 10.6 meter dalam kawasan kira-kira 2.4 hektar yang dibina dengan perbelanjaan kira-kira RM2 juta.

Menariknya terdapat terdapat sebuah patung dalam keadaan tidur didalam wat ini, selain menjadi tumpuan penganut agama Budha, wat ini sering dikunjungi oleh pelbagai kaum untuk tujuan pelancongan. Patung Budha duduk di Kampong Jubakar, Tumpat, Kelantan.

Sebelum sampai di Pekan pengkaln Kubur ada satu lagi patung budha …Sitting Buhda

Pekan Pengkalan Kubur

Syurga Membeli Belah. Itulah panggilan yang selalu kita dengar kalau bercakap pasal Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor. Kat sini korang boleh membeli barang-barang seperti jersi, pakaian wanita, kuali belanga, toto, handbag berjenama(replika),coklat dan sebagainya pada harga yang  murah

Waktu urusniaga kawasan Bebas Cukai ialah dari jam 08.00 pagi hingga 05.45 petang setiap hari termasuk hari minggu bagi negeri Kelantan(Jumaat & Sabtu). Semua peniaga dikehendaki mematuhi waktu ini terutama waktu tamat berniaga di akhir hari bagi menjamin pembeli tiba di kaunter pemeriksaan kastam sebelum pukul 06.00 petang, ini adalah kerana waktu membayar cukai sehingga pukul 06.00 petang sahaja.

Meneruskan atvt sehingga ke Petang beristirehat di Pantai Sri Tujuh

Pantai Sri Tujuh

Pantai Sri Tujuh terletak di Tumpat,Kelantan. Ia dinamakan Pantai Sri Tujuh kerana terdapat 7 buah teluk atau lebih di sini. Ia merupakan kawasan rekreasi yang menarik kepada pengunjung terutama dari Kelantan. Pantai Sri Tujuh berhampiran dengan Pengkalan Kubur dan Stesen keretapi Tumpat

Disini juga tempat berlangsungnya acara Tahunan Malaysian International Kite Festival”

Selain dari gerai makan yang banyak terdapat juga  Muzium Wau yang sesuai untuk dilawati dibuka dari jam 9.00 pagi sehingga 5 Petang

 

Related post :

Apa Aktiviti Melawat Kelantan Yang menarik.

Selepas sarapan bercadang nak merewang-rewang  Sekitar Kota Bharu

Bagi Mereka yang Nak Ke Rantau Panjang , tempat tempat yang sesuai Dilawati di Sepanjang Perjalanan adalah seperti berikut

Bagi Mereka yang Nak Ke Pengkalan Kubur  , tempat tempat yang sesuai Dilawati Sepanjang Perjalanan adalah seperti Berikut

Xcell Travel & Tours KPL No : 7355, MOF Reg. Number 357-0224 8937, Mengutamakan Pakej Perlacongan Dalam Malaysia termasuk Tour Guide Service dan perkhidmatan yang berkaitan , Antara Pakej yang  kami tawarkan :

  • Kelantan city Tour ,
  • Kelantan Foating Market
  • Pakej pulau Perhentian
  • Pakej Pulau Redang
  • Pakej Pulau Langkawi
  • Pakej Ke Cameron Highland
  • Pakej Candat sotong
  • Pakej memancing
  • Perkhidmatan Sewa Pandu Van
  • Airport Transfer ke Hotel Dan Jetty Kuala besut
  • Perkhidmatan Bus Persiaran

Berminat nak join group :

Fishing & Snorkeling Trip 4 Hari 3 malam di Pulau Perhentian

DAY 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera..ok loni nak cerita pula pasal pakej fishing & snorkeling trip 4hari 3malam di Pulau Perhentian. Pakej ini disertai 10 orang peserta bersama beberapa orang staf xcell travel. Perjalanan dari Kota Bharu ke jeti Kuala Besut mengambil mase selama 1jam 30minit dengan menaiki van. Kami bertolak ke Kuala Besut pada pukul 7.30 pagi. Dalam perjalanan itu,kami singgah dan berhenti breakfast dulu di Kopitiam Kita dan sesudah itu baru bertolak untuk ke Pulau Perhentian

Kami sampai ke Kuala Besut dalam pukul 11.30 pagi dan menaiki bot yang telah disediakan dijeti. Sesampai di Pulau Perhentian, kami Check-in hotel pilihan iaitu Shaari-La Resort. Akan tetapi makan tengahari tidak disediakan so peserta-peserta perlu makan n minum guna duit sendiri la dulu..hehehe..Ok, Shaari-La Resort ini cantik sangat2 taw, memang tidak menyesal la kalau menginap disini kerana biliknya sungguh cantik dan luas, berhadapan pula dengan pantai jadi boleh la melihat pemandangan dari dalam bilik.

                                                                        ( time otw nak ke Pulau Perhentian )

                                                     (haa nie la Shaari-La Resort)

                                    (haa..nie la bilik kami..cantik sangat taw)

                                (ni la pemandangan dari bilik kami..cantikkan)

Ok, selepas kami check-in resort dan berehat selepas kepenatan dari perjalanan tadi, dalam pukul 4.00 petang kami semua menaiki bot kayu yang terdapat di Pulau ini untuk ke laut bagi melakukan aktiviti fishing & squid jigging trip.( peralatan untuk mencandat sotong sahaja disediakan).Hasil tangkapan kami pada hari itu dibawa pulang untuk membuat BBQ pada malam tersebut dan makan malam diatas bot disediakan la. Makan malam tu ala-ala nelayan hehehe.. Dalam pukul10.00 malam kami pulang ke bilik penginapan semula n siap sedia untuk BBQ  hasil tangkapan tu la pula..huhu

 (bot nie la yang datang ambik kita orang untuk pergi mencandat sotong memancing)

                                                (nie la hasil tangkapan salah seorang daripada kami..hehe)

DAY 2 & 3

untuk hari kedua kami telah mengambil full pakej dari Shaari-La Resort. Pada hari ke 2 & 3 tu kami pagi-pagi lagi bangun dan besiap-siap untuk sarapan pagi yang telah disediakan oleh pihak resort. Selesai makan kami tidak melengahkan masa lagi terus kami siap sedia untuk melakukan aktiviti snorkeling trip disekeliling  Pulau Perhentian. Kami snorkeling di turtle point, shark point & Romantic beach.

                                                                 (snorkeling jomm)

 

                          (cantik ikan-ikan kat sini dah la manja pulak tu)

Selesai snorkeling tu memang la penat sangat tapi seronok taw..selesai tu kami balik bilik penginapan la dalam tengahari macam tu la dan siap-siap untuk makan tengahari yang telah disediakan oleh pihak resort dan petang pula kami telah dihidangkan teh sambil melihat matahari terbenam.Malam pula makanan disediakan oleh pihak resort.

                                     (suasana malam di pulau )

DAY 4

Pada hari ke 4 kami bangun pagi untuk sarapan dan check out dari Shaari-La Resort dalam pukul 10.30 macam tu la dan siap sedia untuk bertolak balik dari Pulau Perhentian ke Jeti Kuala Besut dengan menggunakan bot laju.

Pakej termasuk:

  • Accomodation : Twin sharing
  • 1 BBQ on the boat
  • boat transfer dari jeti Kuala Besut/ Pulau Perhentian / Jeti Kuala Besut
  • 3 breakfast,2 lunch, 2 sunset evening tea break,1 dinner +  1 BBQ + 1 on the boat dinner.
  •  2 X snorkeling trip ke 3 tempat popular di Pulau Perhentian ( Peralatan snorkeling disediakan)
  • Travel Insurance.

Pakej tidak termasuk :

  • Yuran Pemuliharaan Marin RM5.00.

Ok, sampai disini sahaja coretan saya, semoga anda semua terhibur dan suka membaca blog yang kami sediakan untuk anda. kami dari xcell travel menyediakan pakej yang terbaik untuk anda dan dijamin anda akan berpuas hati dengan kami.

SEKIAN TERIMA KASIH..

Dem theologischen lehrer und ökumenischen gesprächspartner ghostwriter masterarbeit kosten ulrich kühn zum 75.