guabuaya

Langkawi 4 hari 3 malam

 

 

Assalamuaikum, hai buat semua pembaca blog xcell travel yang dikasihi sekalian.

Harini saya sangat berbesar hati untuk berkongsi pengalaman En. Wan Ghaffar membawa peserta yang mengambil pakej pelancongan ke Langkawi selama 4 hari 3 malam seramai 16 orang dari SMUA Tarbiah Diniah, Meranti Pasir Mas, Kelantan dengan bajet RM350 (exclude makan). Bagi pendapat sesetengah orang RM350 untuk percutian di dalam negara tambah-tambah ke Langkawi,Kedah boleh dikatakan agak mahal akan tetapi kalau anda tengok betapa padatnya aktiviti yang kami lakukan sepanjang 4 hari disana, pasti mampu membuatkan anda terkejut lalu terus menyimpan angan-angan untuk ke Langkawi.

 

Dengan menggunakan pengangkutan van, perjalanan dari Kota Bharu – Kuala Perlis mengambil masa kira-kira 8jam. Setibanya di Kuala Perlis, Kami menaiki feri untuk menuju ke Langkawi dengan berharga RM 18 sahaja dan mengambil masa lebih kurang 1jam30minit. Kami mengambil tiket feri pukul 8.oo am.

( ok..beratur panjang la pula untuk menaiki feri menuju ke Langkawi)

Sampai di langkawi, kami menginap di Apartment Mahsuri Idaman, Langkawi. Selepas check in, semua masuk bilik masing-masing. Maklum la penatkan..

Pada jam 3.00 ptg semua peserta berkumpul di Lobi Appartment dan bersiap sedia untuk aktiviti yang pertama iaitu menuju ke Nusantara Maju Enterprise dan Haji Ismail Group Sdn. Bhd untuk shopping pelbagai jenis coklat-coklat.Rambang mata dibuatnya.Tapi maaf tidak sempat nak snap gambar maklumlah dah rambang mata tengok coklat sampai terlupa hehe.

ok, perjalan di Langkawi di akhiri dengan melawat di Nusantara Maju Enterprise yang menyediakan pelbagai jenis ubat-ubatan Tradisional seperti minyak gamat dan macam-macam lagi. Untuk yang berminat datang ke Langkawi nanti bolehlah ke Nusantara Maju Enterprise ini pasti puas hati.

 

Ok., hari ketiga di Langkawi kita teruskan aktiviti  yang seterusnya iaitu kami menuju ke….jeng..jeng..jeng.ok2 hari ketiga kami telah berkumpul pada jam 8.00 pagi dan setelah selesai sarapan pagi kami terus menuju ke Geopark dengan persetujuan peserta pakej kami .

Dok sebut pasal Geopark tapi sebenarnya Geopark ini merujuk kepada lokasi-lokasi yang telah diiktirafkan oleh UNIESCO yang mempunyai keunikan geologi tertentu yang termasuklah gunung, batu-batan, sungai, paya bakau, gua, tasik, haiwan liar dan sebagainya. Di Langkawi terdapat 3 lokasi Geopark yang diiktiraf oleh UNESCO iaitu:

  • Kilim Geoforest Park
  • Gunung Machinchang Geoforest Park
  • Tasik Dayang Bunting Geoforest Park

Apa yang kami terangkan tadi merujuk kepada Kilim Geoforest Park. Nak pergi  semua boleh tahan la ongkosnya. Pilih satu or 2 tempat cukuplah tapi bergantung pada bajet anda la kan.

Kami bertolak ke jeti Kilim dengan menaiki van iaitu lokasi untuk menaiki bot. Sampai dilokasi orang boleh dikatakan ramai la juga, maklumlah time hujung minggu. Sesampai saja di situ terus ke kaunter. Projek untuk melawat Geoforest Park ini di usahakan oleh Koperasi Komuniti Kampung Kilim. Untuk menjelajah paya bakau dan juga melihat keindahan pulau-pulau nie terdapat beberapa pekej mangrove tour yang ditawarkan. Kami ambil pekej untuk 2 jam dengan bot yang boleh muat 10 orang.

Pakej nie termasuk melawat sangkar ikan, melihat keindahan hutan bakau, melihat helang, Gua Kelawar, Gua Langsir, Gua Buaya dan Laut Andaman dan dapat lihat ikon Kilim Geoforest Park  dari laut.

Bayar saja tiket, terus saja driver bot datang .Tak payah tunggu lama-lama. Bot boleh tahan besar . OKlah pelayaran bermula.

(baru nak belayar pergi tapi dah makan la pula..hehe)

Keluar sikit saja dari jeti, berdesup brader driver bot memecut menyusuri sungai. Ingat nak bawa slow-slow dapat kami feeling-feeling menikmati keindahan hutan bakau tapi hampeh pula rasa. Apa-apa pun dapat lah melihat sedikit keindahan bakau yang ada di kiri kanan.

Kami tiba di suatu tempat yang terdapat banyak rumah-rumah terapung. Driver bot singgah di salah satu rumah terapung nie. Rupanya rumah-rumah nie ialah sangkar ikan. Kat sini ada beberapa sangkar ikan. Dalam sangkar kat sini bukan setakat ikan saja tetapi ada macam-macam hidupan laut yang di pelihara seperti ketam, udang dan siput.

Perjalanan diteruskan ke Gua Buaya atau Crocodile Cave. Gua nie seperti lorong yang menembusi pulau. Sebab apa dapat nama buaya, mungkin ada buaya kot kat gua nie, entahlah. Gua nie tak berapa luas tetapi bot boleh menyusurinya mengikut keadaan air. Kalau air pasang, bot yang tinggi tak boleh masuk, nanti bumbung sangkut.

Berhampiran jeti Kilim satu lagi tempat untuk dilawati iaitu Gua Kelawar.

Kat sini disediakan torch light untuk disewakan untuk digunakan ketika berada dalam gua. Bolehlah guna untuk suluh kelawar yang bergayut dalam gua nie dan juga suluh jalan.

Kat siling gua terdapat banyak kelawar bergantungan. Gambar gelap sajalah sebab dalam gua tidak dibenarkan mengambil gambar menggunakan flash

                                                                                                                 Hutan Bakau

Bukan setakat kelawar sahaja yang menjadi tarikan tetapi bentuk gua dengan stalaghmite dan stalactite dan juga paya bakau menjadi tarikan.

          monyet ni jadi guide di Gua Kelawar kot..hehe

Gua Kelawar menjadi penutup kepada menjelajah Kilim Geoforest Park. Sangat menarik tetapi maklumat setiap tempat dilawati kami kena baca sendiri jika ada dipaparkan tapi kalau tak ada kami cuma dapat melihat keindahan saja. Mungkin untuk penggemar batu bata dan juga flora dan fauna memahami apa yang dilihat. Untuk pelawat seperti kami rasanya lebih menarik driver bot atau ada juru cakap yang dapat menceritakan serba sedikit tempat-tempat yang dilawati.

Last Day di Langkawi

Hari terakhir di Langkawi, Kami berkumpul awal-awal pagi lagi dari Apartment yang kami menginap dan menuju ke program cikgu-cikgu SMUA Tarbiah Diniah iaitu lawatan ke sekolah dan mesyuarat (lupa la nama tempat tu..hehe).

                                                                                                     Mesyuarat di jalankan

Setelah selesai Mesyuarat ( apa tah ) majlis ditutp dengan pemberian sedikit cenderamata or hadiah la kan pada peserta yang menghadiri mesyuarat ini.

Selesai sudah Mesyuarat ini..Time untuk balik AppartmentMahsuri Idaman untuk kemas-kemas barang-barang n check out dari appartment tersebut pukul 2 petang.

dalam perjalanan untuk ke jeti feri,sempat lagi kami membeli belah dan cuci mata melihat keindahan Pulau Langkawi ini. Taket feri kami pukul 5.00 petang dari Langkawi ke Kuala Perlis.

                                                                                    Banyak pula barang nak bawa macamna ni

                                                                                                          Alamak banyaknya

Oklah feri pun dah ada jadi sampai sini aja lah coretan saya buat anda..Kami balik dulu ye. Ada masa kami cerita lagi tentang pakej kami ini.Terima kasih sudi membaca blog xcell travel 

Terima Kasih Daun Keladi,

Ada Hari Boleh Cerita Lagi.