jomtraveldenganxcelltravel

FLOATING MARKET NEGERI KELANTAN

 

Pasar Terapung Kelantan Merupakan pasar terapung pertama yang dibuka di Malaysia yang dikelilingi panorama alam semulajadi yang unik dan cantik.

Pasar terapung di Pulau Suri ini telah menjadi salah satu daya tarikan pelancongan yang baru di daerah Tumpat, Kelantan. Pasar terapung ini sememangnya mampu memberi satu kelainan suasana dan pengalaman kepada pengunjung luar misalnya untuk merasai sendiri suasana kampung dan sungai.

Untuk sampai ke pasar terapung ini, pengunjnung boleh menaiki bot berbayar di Jeti Kuala Besar yang terletak di Kota Bharu. Perjalanan dari jeti ke pasar terapung Pulau Suri ini hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja. Bagi anda yang ingin merasai suasana kampung dan membeli-belah di pasar terapung, bolehlah berkunjung ke sini.

Artikel Penuh: http://www.orangkelantan.com/pasar-terapung-pulau-suri-tumpat.html
© orangkelantan.com

Artikel Penuh: http://www.orangkelantan.com/pasar-terapung-pulau-suri-tumpat.html
© orangkelantan.com
Lokasi: Pulau Suri Tumpat Kelantan

Tiket Boat : RM2.00 Sehala

Bayaran Masuk: Kanak-kanak RM1.00 | Dewasa | Pelancong Asing RM2.00

Alamat: Jalan Tengku Puteri, 15300, Kota Bharu, Kelantan

Waktu: 9.00 pagi – 3.00 Petang (Jummat & Sabtu Sahaja)

Artikel Penuh: http://www.orangkelantan.com/pasar-terapung-pulau-suri-tumpat.html
© orangkelantan.com

Xcell Travel & Tours KPL No : 7355, MOF Reg. Number 357-0224 8937, Mengutamakan Pakej Perlacongan Dalam Malaysia termasuk Tour Guide Service dan perkhidmatan yang berkaitan , Antara Pakej yang  kami tawarkan :

Kelantan city Tour ,

Kelantan Foating Market

Pakej pulau Perhentian

Pakej Pulau Redang

Pakej Pulau Langkawi

Pakej Ke Cameron Highland

Perkhidmatan Sewa Pandu Van

Airport Transfer ke Hotel Dan Jetty Kuala besut

Perkhidmatan Bus Persiaran

Untuk Info lanjut :

https://chat.whatsapp.com/3sMos7VUdIQ6Dlk9yGZwu5

http://www.xcelltravel.com/

call & whatsup : 010-928 2086

email : sales@xcelltravel.com/

wan.ghafar@xcelltravel.com

Kenyan teacher leaders describe english homework help this institute as transformational.

CANDAT SOTONG 2018 KELANTAN

Musim candat sotong tahun…ni…sudah bemula…kawan pegi minggu lepas dapat 15 kg seorang harga sotong masa ni..rm20 lebih sekilo …..berbaloi juga…jom sapa berminat bersama Kami…pastikan booking awal… senang nak buat arrangements… CALL & WHATSUP 010 928 2086

JETTY BERLEPAS
Jeti A: Kg. Dalam Rhu Tumpat Kelantan
Jeti B: Kuala besar Kota Bharu Kelantan

Sewa Koyan Candat
* Set lengkap / gelung / tali / mata candat / ladung – 1 SET RM20.00

( peralatan untuk mencandat & memancing )

Sewa Bilik  HOMESTAY YANG BERDEKATAN DENGAN Jeti – RM250.00/ SEBUAH 6-8 ORANG

Deposit setiap bot/pakejRM500.00 (tetap)

 

siapkan peralatan semua & siap sedia untuk bertolak dah

These attacks led to the pay someone to do my essay invasions of afghanistan and iraq.

Mereka yang Nak Ke Pengkalan Kubur , tempat tempat yang sesuai Dilawati Sepanjang Perjalanan

Jarak perjalanan daripada bandar Kota Bharu  Ke Pengkalan Kubur adalah sejauh kira-kira 25 kilometer dan lebih kurang 10 kilometer dari bandar Tumpat. Ia bersempadan dengan Thailand, iaitu pekan Takbai,Narathiwat.Daripada pekan Takbai,jaraknya adalah lebih kurang 2 kilometer dengan jalan pengangkutan air seperti Feri dan bot.

Antara tempat persinggahan yang dicadangkan oleh admin adalah seperti berikut :

Pengusaha Serunding kampung Laut

KAMPUNG Laut di Tumpat sememangnya terkenal dengan perusahaan serunding, malah ia mendapat jolokan perkampungan serunding dek kerana populariti makanan tradisi negeri Kelantan itu.

Perusahaan yang diwarisi turun temurun itu diusahakan lebih 60 pengusaha yang asalnya melakukannya secara tradisional dan kecil-kecilan di rumah.

Tokong Wat Photivihan (Buddha Tidur)

Patung Budha Baring di Wat Phothivihan di Kampong Jambu, Jalan Meranti yang kedua terbesar di dunia selepas Myannmar. Wat Photivihan menjadi kebanggaan

masyarakat berketurunan Siam di Kelantan dan Malaysia. patung Budha baring itu sepanjang 40.9 meter dan tinggi 10.6 meter dalam kawasan kira-kira 2.4 hektar yang dibina dengan perbelanjaan kira-kira RM2 juta.

Menariknya terdapat terdapat sebuah patung dalam keadaan tidur didalam wat ini, selain menjadi tumpuan penganut agama Budha, wat ini sering dikunjungi oleh pelbagai kaum untuk tujuan pelancongan. Patung Budha duduk di Kampong Jubakar, Tumpat, Kelantan.

Sebelum sampai di Pekan pengkaln Kubur ada satu lagi patung budha …Sitting Buhda

Pekan Pengkalan Kubur

Syurga Membeli Belah. Itulah panggilan yang selalu kita dengar kalau bercakap pasal Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor. Kat sini korang boleh membeli barang-barang seperti jersi, pakaian wanita, kuali belanga, toto, handbag berjenama(replika),coklat dan sebagainya pada harga yang  murah

Waktu urusniaga kawasan Bebas Cukai ialah dari jam 08.00 pagi hingga 05.45 petang setiap hari termasuk hari minggu bagi negeri Kelantan(Jumaat & Sabtu). Semua peniaga dikehendaki mematuhi waktu ini terutama waktu tamat berniaga di akhir hari bagi menjamin pembeli tiba di kaunter pemeriksaan kastam sebelum pukul 06.00 petang, ini adalah kerana waktu membayar cukai sehingga pukul 06.00 petang sahaja.

Meneruskan atvt sehingga ke Petang beristirehat di Pantai Sri Tujuh

Pantai Sri Tujuh

Pantai Sri Tujuh terletak di Tumpat,Kelantan. Ia dinamakan Pantai Sri Tujuh kerana terdapat 7 buah teluk atau lebih di sini. Ia merupakan kawasan rekreasi yang menarik kepada pengunjung terutama dari Kelantan. Pantai Sri Tujuh berhampiran dengan Pengkalan Kubur dan Stesen keretapi Tumpat

Disini juga tempat berlangsungnya acara Tahunan Malaysian International Kite Festival”

Selain dari gerai makan yang banyak terdapat juga  Muzium Wau yang sesuai untuk dilawati dibuka dari jam 9.00 pagi sehingga 5 Petang

 

Related post :

Apa Aktiviti Melawat Kelantan Yang menarik.

Selepas sarapan bercadang nak merewang-rewang  Sekitar Kota Bharu

Bagi Mereka yang Nak Ke Rantau Panjang , tempat tempat yang sesuai Dilawati di Sepanjang Perjalanan adalah seperti berikut

Bagi Mereka yang Nak Ke Pengkalan Kubur  , tempat tempat yang sesuai Dilawati Sepanjang Perjalanan adalah seperti Berikut

Xcell Travel & Tours KPL No : 7355, MOF Reg. Number 357-0224 8937, Mengutamakan Pakej Perlacongan Dalam Malaysia termasuk Tour Guide Service dan perkhidmatan yang berkaitan , Antara Pakej yang  kami tawarkan :

  • Kelantan city Tour ,
  • Kelantan Foating Market
  • Pakej pulau Perhentian
  • Pakej Pulau Redang
  • Pakej Pulau Langkawi
  • Pakej Ke Cameron Highland
  • Pakej Candat sotong
  • Pakej memancing
  • Perkhidmatan Sewa Pandu Van
  • Airport Transfer ke Hotel Dan Jetty Kuala besut
  • Perkhidmatan Bus Persiaran

Berminat nak join group :

Apa Aktiviti Melawat Kelantan Yang menarik.

Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah aktiviti/tempat melawat kelantan semasa berada di sini. Bersama ini admin cadangkan idea-idea semasa berkunjung ke Kelantan. Mungkin boleh dijadikan penduan untuk tetamu yang melawat kelantan.

Di sebelah pagi bagi mereka yang tercari-cari tempat untuk bersarapan , saya cadangkan beberapa tempat bersarapan pagi di kedai-kedai /restoran /Kopitiam Pilihan yang menyediakan pelbagai menu pilihan antaranya :

Nasi Kerabu Kambing Bakar 

Ini adalah antara restoran Nasi Kerabu yang power gila. Menu terbaiknya adalah Nasi Kerabu Kambing Bakar. Lauk banyak. Dagingnya fuh memang menjilat jari. Sekali makan pasti terngiang-ngiang. Letaknya sebelah balai bomba Kota Bharu. Restoran mula dibuka seawal jam 7 pagi.
Menu power: Nasi Kerabu Daging Bakar
Lokasi: Sebelah Balai Bomba Kota Bharu
Waktu: 7 pagi – 12 tengahari

Selain dari kedai ini, ada beberapa buah kedai /restoran yang turut menawarkan nasi kerabu kambing bakar, seperti di jalan berek 12, jalan kedai buloh , Restoran di Taman Uda Murni,

Nasi Daun Pisang

Restoran ini menyediakan sarapan pagi dengan pelbagai jenis Lauk Pauk, antara yang menarik di sini adalah Nasi Ayam Kampung Dan Nasi berlauk Ikan. Ayam kampung yang panas menyelerakan pengunjung dengan haruman daun Pisang yang menambah selera sarapan Pagi.

Lokasi: Batu 2 Jalan Pengkalan Chepa Kota Bharu
Waktu: 7 pagi – 12 tengahari

Nasi Ayam Kampung Madu

Restoran ini tidak ada nama. Letaknya di lorong Merican. Belakang pasaraya Billion. Menu kedai ini hanya satu saja iaitu Nasi Ayam Kampung Madu. Setiap hari kedai ini pasti penuh. Resipinya memikat. Biasanya kalau ambo makan, ambo akan pesan 4 ketul ayam.
Menu power: Nasi Ayam Kampung Madu
Lokasi: Lorong Merican (belakang pasaraya Billion)
Waktu: 7 pagi – 1 tengahari

Selain dari kedai ini, ada beberapa buah kedai /restoran yang turut menawarkan nasi kerabu Ayam kampung Madu sperti di Jalan PCB, Jalan Salor Pasir Mas , Jalan Sri cermerlang

 Nasi Ikan  Kak Chik

Nasi ini boleh dijumpai di gerai di tepi-tepi jalan. Setiap hari lebih 6000 bungkus sehari terjual. Bukan saja di Kota Bharu, malah di Kuala Lumpur. Ada yang panggil nasi ini sebagai nasi terbang kerana nasi ini dihantar ke KL setiap hari menggunakan kapal terbang. Cara nak kenal nasi bungkus ini adalah dengan melihat cop: Nasi Berlaku Kak Chik.
Menu power: Nasi berlauk Kak Chik
Lokasi: Di gerai tepi jalan
Waktu: Sepanjang hari

 

Roti  Tempayan Sri Cemerlang Kota Bharu

 

Dalam banyak roti, ini adalah roti bakar terbaik. Roti lembut dan lazat. Campurkan dengan saus kari kambing tebal, sememangnya dibangkitkan! Satu lagi menu kuasa di sini ialah lada ayam tandoori ayam. Restoran ini terletak di Jalan Sri Cermerlang Kota Bharu berhadapan dengan Klinik Satu Malaysia .  Kuasa menu: Bread tailed + Kari Kambing 
Lokasi: Jalan Sri Cemerlang Kota Bharu
Waktu: 7 pagi – 1 tengahari

Telur Taliban Din Tokyo

Salah sebuah restoran legend di Kota Bharu. Nama restoran ini Restoran Din Tokyo. Letaknya di dalam bandar Kota Bharu. Berdekatan dengan stesyen bas. Menu terbaik kedai ini adalah telur taliban dan telur ping pong. Telur taliban merupakan telur separuh masak yang sdikit cair. Manakala telur ping pong adalah telur separuh masak yang hampir masak. Bentuknya sama seperti bola ping pong.
Menu power: Telur Taliban + Air Halia Telur Puyuh
Lokasi: Jalan Tok Hakim (berdekatan RHB Kota Bharu)
Waktu: 7 pagi – 10 malam

 

Selepas sarapan bercadang nak merewang-rewang  Sekitar Kota Bharu

Pasar Terapung Kelantan – Pulau Suri

Di daerah Tumpat, terdapat sebuah kawasan yang dikenali sebagai pasar terapung yang berlokasi di Pulau Suri. Pasar terapung ini merupakan pasar terapung pertama yang dibuka di Malaysia yang dikelilingi panorama alam semulajadi yang unik dan cantik.

Pasar terapung di Pulau Suri ini telah menjadi salah satu daya tarikan pelancongan yang baru di daerah Tumpat, Kelantan. Pasar terapung ini sememangnya mampu memberi satu kelainan suasana dan pengalaman kepada pengunjung luar misalnya untuk merasai sendiri suasana kampung dan sungai.

Untuk sampai ke pasar terapung ini, pengunjnung boleh menaiki bot berbayar di Jeti Kuala Besar yang terletak di Kota Bharu. Perjalanan dari jeti ke pasar terapung Pulau Suri ini hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja. Bagi anda yang ingin merasai suasana kampung dan membeli-belah di pasar terapung, bolehlah berkunjung ke sini.

Artikel Penuh: http://www.orangkelantan.com/pasar-terapung-pulau-suri-tumpat.html
© orangkelantan.com

Artikel Penuh: http://www.orangkelantan.com/pasar-terapung-pulau-suri-tumpat.html
© orangkelantan.com
Lokasi: Pulau Suri Tumpat Kelantan

Tiket Boat : RM2.00 Sehala

Bayaran Masuk: Kanak-kanak RM1.00 | Dewasa | Pelancong Asing RM2.00

Alamat: Jalan Tengku Puteri, 15300, Kota Bharu, Kelantan

Waktu: 9.00 pagi – 3.00 Petang (Jummat & Sabtu Sahaja)

Artikel Penuh: http://www.orangkelantan.com/pasar-terapung-pulau-suri-tumpat.html
© orangkelantan.com

DATARAN ILMU

Hari Jumaat telah dimasyhurkan sebagai hari Ilmu di Kelantan dan kelas pengajian seumpama Medan Ilmu di Kota Bharu turut dibangunkan disemua kawasan bagi mendidik seluruh rakyat agar mendalami ilmu agama.

Di mana Dataran ilmu juga memberi ruang kepada peniaga menjual barangan mereka di sini .

Waktu Operasi: Jumaat Sahaja  (7.00am – 12.00 Tengahari)

Alamat: Jalan Dato Pati  15000 Kota Bharu, Kelantan

 

Pasar Siti Khadijah

Siapa tak kenal pasar yang mahsyur di Kelantan ni, di sinilah syurga membeli-belah untuk wanita. Bermacam-macam benda yang dijual di Pasar Siti Khadijah ini, dari barangan kraftangan, pakaian, barang kemas, alat solek, barang sulaman, permainan dan macam-macam lagi, bukan setakat barangan, malahan makanan pun pelbagai jenis seperti kuih-muih Kelantan, keropok, dodol, serunding, rempah ratus dan lain-lain.

Kalau nak membeli-belah di sini, anda akan mendapat harga yang special kalau membeli secara borong, bolehlah beli untuk saudara-mara atau geng-geng pejabat, kalau nak murah lagi, anda boleh cuba untuk bertawar-menawar dengan peniaga.

Kalau dah penat mencuci mata melihat barang-barang di pasar ni, anda boleh menjamu selera di medan selera  yang terdapat di tingkat satu bangunan ini. Boleh rambang mata anda melihat kepelbagaian jenis makanan yang terdapat di sini seperti laksam Kelantan, mee celup, nasi atau mee sup perut, pergh semua sedap-sedap, mesti puas punyalah!

Waktu Operasi: Setiap hari (7.00am – 6.00pm)

Alamat: Jalan Buluh Kubu, 15000 Kota Bharu, Kelantan

Bazar Buloh Kubu

Mengunjungi kompleks membeli-belah tiga tingkat ini menjadi kemestian bagi mereka yang gemar membeli-belah dan mengumpul barangan kraf. Di sini, pengunjung dapat memperoleh barangan kraf seperti kasut buatan tangan, replika alat muzik miniatur, wau yang berwarna-warni, beg-beg, barangan perak yang cantik, aksesori dan pelbagai jenis barangan yang lain. Harga yang berpatutan di sini menjadikan bazar ini amat popular dikalangan penduduk tempatan dan juga pelancong luar.

Waktu Operasi: Setiap hari (7.00am – 6.00pm)

Alamat: Jalan Buluh Kubu, 15000 Kota Bharu, Kelantan

 

Bazar Tok Guru

Bazar Tok Guru adalah salah satu syurga membeli belah yang terkenal dengan konsep membeli belah sambil bersantai bersama keluarga. Kedudukannya yang strategik di tengah-tengah Bandar Kota Bharu yang akan menjadi tumpuan pelancongan di dalam dan luar negeri kerana berhampiran dengan pejabat – pejabat kerajaan, swasta dan universiti di sekitarnya.

Ini yang dikatakan Bazar Tok Guru mercu tandabagi rakyat kelantan kerana segala aspek terkandung di dalam bazar ini. Membeli Belah sambing bersantai akan menjadi tumpuan pelancongan dari dalam dan luar negara.

Waktu Operasi: Setiap hari (7.00am – 6.00pm)

Alamat: Jalan Sultan Ibrahim  15000 Kota Bharu, Kelantan

Muzium Negeri Kelantan

Bangunan muzium ini pada asalnya adalah pejabat Majlis Perbandaran Kota Bharu, namun pada 6 Ogos 1990, bangunan ini telah dirasmikan sebagai Muzium Negeri Kelantan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan. Bahagian dalam muzium ini telah disusun atur yang mana bahagian pertama menunjukkan sejarah negeri Kelantan dari zaman dahulu sehingga ke zaman moden. Di bahagian yang seterusnya pula yang terletak di tingkat atas terdapat pameran seni budaya Kelantan seperti makyong, wayang kulit, rebana ubi dan lain-lain.

Bayaran Masuk: Dewasa RM5.00 | Kanak-kanak RM3.00

Alamat: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, Jalan Hospital, 15000, Kota Bharu, Kelantan

Muzium Adat Istiadat

Kalau teringin nak berkahwin dengan orang Kelantan, apa kata anda singgah ke sini dulu, sekurang-kurangnya dapatlah anda tahu sedikit sebanyak tentang adat dan sejarah masyarakat Kelantan, baru sejuk hati ibu dan ayah mertua, tak gitu?
Muzium Adat Istiadat ini terletak di  Istana Jahar yang siap dibina pada tahun 1887, ia juga merupakan tempat bersemayamnya Al-Marhum Sultan Ismail Ibni Sultan Muhammad ke IV (1920 – 1944). Di sini anda dapat melihat pameran adat DiRaja seperti adat pijak tanah, pertunangan, perkahwinan dan lain-lain. Kalau anda berjalan sehingga ke bahagian belakang istana pula terdapat Balai Senjata yang mana anda dapat melihat senjata-senjata lama yang digunakan di Negeri Kelantan macam kelewang, badik, keris dan lembing.

Muzium Diraja Istana Batu

Dibina pada tahun 1939 oleh Sultan Ismail I untuk dihadiahkan kepada anak saudaranya Yahya Petra sempena perkahwinannya dengan Raja Perempuan Zainab II. Digunakan sebagai tempat bersemayan Sultan Yahya Petra sehingga

tahun 1960. Muzium Diraja Istana Batu ini merupakan destinasi yang perlu dilawati untuk mempelajari lebih banyak lagi tentang keluarga DiRaja negeri Kelantan dan bagaimana suasana di dalam istana yang pernah menjadi tempat kediaman kerabat DiRaja pada zaman dahulu.

Terletak tidak jauh dari muzium ini adalah Masjid Muhammadi Masjid Negeri dan Istana Balai Besar Kampung Kraftangan.

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat 8.30am – 4.45pm

Bayaran Masuk: Kanak-kanak RM0.50 | Dewasa RM1.00 | Pelancong Asing RM2.00

Alamat: Jalan Tengku Puteri, 15300, Kota Bharu, Kelantan

 Gelanggang Seni

Terdapat pelbagai aktiviti budaya yangdipamerkan di Gelanggang ini seperti wayang kulit, pembuatan wau, silat, permainan gasing, Rebana dan lain-lain lagi. Apalah gunanya kalau datang bercuti ke Kelantan tanpa melihat sendiri kekayaan  budaya tradisional Kelantan ni. Kalau anda nak tahu lebih lanjut lagi tentang butir-butir aktiviti yang dijalankan di Gelanggang Seni, anda boleh mendapatkan maklumat dari pusat pelancongan.

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat dan Sabtu (8.00am – 5.00pm)

Alamat: Jalan Mahmood, 15200, Kota Bharu, Kelantan

Kota Sultan Ismail Petra

Kota ini adalah tempat tarikan pelancongan yang terkenal di negeri Kelantan. Kalau tak ke sini, tak lengkaplah perjalanan anda di Kelantan, sebabnya, di sinilah terletaknya banyak sekali monumen-monumen yang bersejarah seperti Istana Jahar, Bank Kerapu, Bank Pitis dan Istana Balai Besar. Anda boleh berjalan kaki di sekitar kota ini untuk melawat kesemua lokasi-lokasi bersejarah di sini.

Sebaik anda masuk ke Kota Sultan Ismail Petra, anda akan disambut oleh Pintu Gerbang Kota Sultan Ismail Petra atau Menara Rehal yang menjadi lambang kemegahan ibu negeri Kelantan, Kota Bharu. Terdapat banyak lokasi menarik untuk dilawati di sekitar Menara ini antaranya Padang Merdeka, Istana Balai Besar dan Bank Pitis.

Lokasi lain yang patut anda sekeluarga lawati juga kalau ke kota ini adalah seperti Muzium DiRaja, Masjid Muhammadi dan Kampung Kraftangan.

Xcell Travel & Tours KPL No : 7355, MOF Reg. Number 357-0224 8937, Mengutamakan Pakej Perlacongan Dalam Malaysia termasuk Tour Guide Service dan perkhidmatan yang berkaitan , Antara Pakej yang  kami tawarkan :

  • Kelantan city Tour ,
  • Kelantan Foating Market
  • Pakej pulau Perhentian
  • Pakej Pulau Redang
  • Pakej Pulau Langkawi
  • Pakej Ke Cameron Highland
  • Pakej Candat sotong
  • Pakej memancing
  • Perkhidmatan Sewa Pandu Van
  • Airport Transfer ke Hotel Dan Jetty Kuala besut
  • Perkhidmatan Bus Persiaran

Related Post : 

Bagi Mereka yang Nak Ke Rantau Panjang , tempat tempat yang sesuai Dilawati di Sepanjang Perjalanan adalah seperti berikut

Bagi Mereka yang Nak Ke Pengkalan Kubur  , tempat tempat yang sesuai Dilawati Sepanjang Perjalanan adalah seperti Berikut

Berminat nak join group :

 

Posted 11/19/2016 6 27pm sean101 hi autumn, I recommend you dissertationowl.com/ another mapping tool called pinmaps.

FINAL CALL FOR PERHENTIAN ISLAND SEMPENA CUTI SEKOLAH PENGGAL 1 – DARI 16-3 2018 SEHINGGA 24-3-2018

Here we still have several accommodation units on Pulau Perhentian Kuala Terengganu. So for anyone who wants to vacation on Pulau Perhentian for school holidays Season 1 from 16 / 3-24 / 3/2018 can contact us

For more information:

https://t.me/joinchat/DCd26RBfMANCbPRMe0Zu7A

https://chat.whatsapp.com/3sMos7VUdIQ6Dlk9yGZwu5

http://www.xcelltravel.com/

call & whatsup : 010-928 2086

email : sales@xcelltravel.com/

wan.ghafar@xcelltravel.com

Students from the necl thesis writing service excitedly pose for the camera.

Shuttle Service by Xcell Travel

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog Xcell Travel yang dikasihi 🙂

Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih kerana sudi masuk ke page kami nie,hmm,hari nie saya nak story pasal perkhidmatan lain yang kami sediakan pula.Untuk makluman pembaca semua,kami dari Xcell Travel bukan sahaja menyediakan pakej-pakej percutian untuk pergi bercuti tau,tapi kami juga menyediakan perkhidmatan shuttle dan transfer service kemana sahaja yang anda mahukan,kami sedia membawa anda..tapi kena maklum kepada pihak kami lebih awal laa yer,sebab senang untuk pihak kami uruskan apa-apa yang diperlukan..yelah,bukan apa kalau bagitau last-last minute manelah tau kan van tak de ke,van tengah servis kat kedai ke tak pun jadual kami padat sebab van dah full kan..

Untuk servis yang kami tawarkan ini,kami menyediakan perkhimatan van sewa bersama pemandu dan tanpa pemandu di Kelantan dengan pelbagai model van. Antara perkhidmatan yang kami sediakan ialah, servis ke Airport ,Jetty Kuala Besut ke Perhentian Island  dan diseluruh semenanjung Malaysia,Singapore dan Thailand (hatyai)menari tak?

Hmm,mesti anda semua nak tau jugakkan apa kelebihan sewa van dengan pihak kami dengan orang lain kan??ok,meh saya kongsikan serba sedikit antara kelebihan sewa van dengan kami:

  1. Aircond van sewa yang sejuk dan nyaman untuk kegunaan semua penumpang hadapan dan belakang.
  2. Bantuan kecemasan 24 jam sekiranya berlaku kerosakan. Hubungi kami dan bantuan akan sampai.
  3. Jujur dalam pengembalikan deposit sewa.
  4. Van yang luas, bersih dan selesa (sangat tip top dan gerenti berpuas hati)
  5. Diver van yang peramah dan sporting

 

Perkhidmatan van yang kami tawarkan ini boleh berjalan jauh dan sesuai untuk:

  1. Rombongan
  2. Melancong
  3. Konvokesyen
  4. Trip pejabat
  5. Penggambaran Filem
  6. Majlis kahwin dan nikah
  7. Percutian keluarga dan kawan-kawan
  8. Majlis sukan tadika, sekolah atau universiti
  9. Penghantaran ke KLIA, KLIA2, Subang Airport
  10. Apa saja sebab yang memerlukan anda bergerak secara ramai tetapi jimat dan murah

Kebiasaannya ramai yang mengambil perkhidmatan van dari kami untuk pergi bercuti dengan pakej yang kami tawarkan,rombongan sekolah untuk guru-guru sekolah dan lawatan sambil belajar,majlis kahwin dan nikah,dan sewa untuk satu atau dua hari ke tempat yang diinginkan laa.

Ok,asyik duk membaca je dari tadikan,sekarang saya belanja sikit gambaran van yang kami sediakan di bawah nie.

                                                                                        Ruang dalam yang luas dan selesa

                                                                                            Muka hadapan van yang lebar

 

 

 

                                                                                            Ruang belakang van yang luas

                                                                                      Ruang depan pemandu yang selesa                                                                                        

                                                                       Salah seorang pemandu kami

 

Time ambik orang kat Airport

 

                                                                          Van persiaran pun ada jugak tau

Macam mana ok tak perkhidmatan van kami??sekarang nak cerita pasal kelebihan apabila menyewa van pulak,even ramai yang dah tau pun..huhu:

  1. Van sewa meningkatkan dan mengeratkan silaturrahim di kalangan penumpang.(boleh tambahkan kenalan baru lagi)
  2. Penggunaan van sewa menjanjikan lebih ruang, lebih keselesaan dan lebih penjimatan.
  3. Jumlah penumpang van sewa agak ramai.

Oklah,sampai di sini sahaja coretan yang dapat saya coretkan berkaitan shuttle van dari pihak kami.Kami juga berharap pelanggan-pelanggan sedia ada seperti dari sektor Kerajaan, IPTA, IPTS, Kolej-kolej,sekolah-sekolah dan juga orang perseorangan yang telah berpuas hati dengan perkhidmatan kami agar dapat menyampaikan kepada pihak-pihak yang lain servis yang kami tawarkan ini.Untuk maklumat lebih lanjut boleh terus call/whatsap di 010-928 2086 atau di fb kami http://www.xcelltravel.com/

Sekali lagi terima kasih kerana sudi singgah di blog kami :)Harap bertemu di coretan yang lain lagi yer..Assalamualaikum.

 

 

Photo credit eugenia lee, dignitas project, 2012 dignitas aims to write my research paper empower the community by offering training and resources to kenyan educators in an effort to build on strengths that are already present.