pasarsitikahdijah

Bagi Mereka yang Nak Ke Rantau Panjang , tempat tempat yang sesuai Dilawati di Sepanjang Perjalanan

Rantau Panjang merupakan sebuah pekan yang bersempadan antara Malaysia dan Thailand yang terletak di utara negeri Kelantan dalam kawasan barat jajahan Pasir Mas. Ia berada 39 kilometer di barat daya bandar Kota Bharu dan terletak berhampiran dengan Sungai Golok. Di sepanjang perjalan ke Rantau Panjang bayak tempat menarik yang boleh singgah antaranya …

Dodol & Serunding di Pasir mas

Sebelum sampai Rantau Panjang mungkin boleh singgah di Pengusaha Dodol & Serunding di Pasir Mas iaitu  Hajjah Wan Sabariah bukan sahaja kerana resepi dodolnya tetapi adalah rumah agamnya yang kelihatan seolah-olah rumah agam dalam filem Bollywood. Beberapa kali jugak artikel @ video wawancara yang keluar di media utama berkongsi mengenai kemewahan rumahnya.

Mee Udang Pak Man Lemal, Pasir Mas Kelantan

 

Pekan rantau Panjang

 

Secara umumnya, nama Rantau Panjang memang tidak asing lagi memandangkan ia adalah tempat membeli belah yang tersohor di Kelantan. Dibuka seawal jam 8 pagi hingga 6 petang. Pada masa cuti sekolah, minggu Rantau Panjang adalah antara yang paling sibuk dan paling berat di Kelantan. Waktu puncak adalah antara jam 11 tengahari hingga 4 petang. Pasar inilah yang paling popular dan paling sesuai jika anda ingin membeli barangan yang murah dari negara jiran, Thailand.

Masjid Beijing

Selepas merewang-rewang di pekan Rantau Panjang mungkin di kesempatann melawat Masjid Beijing sambil solat zohor.

Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra (atau sinonim dengan nama Masjid Beijing) merupakan sebuah masjid yang terletak di pekan Rantau Panjang, di dalam jajahan Pasir MasKelantan. Senibina masjid ini amat unik kerana menggabungkan senibina Cina dan Islam dan menyerupai Masjid Niujie yang berusia lebih daripada 1,000 tahun di BeijingChina.

Lokasi masjid ini terletak di tepi Lebuhraya Pasir Mas-Rantau Panjang, sekitar 2 km daripada Pekan Rantau Panjang dengan keluasan 3.7 ekar . Ia mula dibina pada 12 September, 2005 dan akan dirasmikan bulan Ogos 2009. Kos keseluruhan pembinaan masjid ini dianggarkan sejumlah RM8.8 juta. Masjid ini mampu memuatkan seramai 1,000 orang jemaah pada satu-satu masa.

Selepas solat … mungkin ingin menikmati Tomyam … Thai style .. boleh singgah di Restoran yang berdekatan dengan Rantau Panjang … antara cadangan restoran adalah

THAI MALAY RESTORAN

 

pelbagai menu masakan Thai & Malay style.

 

Related post:

Apa Aktiviti Melawat Kelantan Yang menarik.

Selepas sarapan bercadang nak merewang-rewang  Sekitar Kota Bharu

Bagi Mereka yang Nak Ke Pengkalan Kubur  , tempat tempat yang sesuai Dilawati Sepanjang Perjalanan adalah seperti Berikut

Xcell Travel & Tours KPL No : 7355, MOF Reg. Number 357-0224 8937, Mengutamakan Pakej Perlacongan Dalam Malaysia termasuk Tour Guide Service dan perkhidmatan yang berkaitan , Antara Pakej yang  kami tawarkan :

  • Kelantan city Tour ,
  • Kelantan Foating Market
  • Pakej pulau Perhentian
  • Pakej Pulau Redang
  • Pakej Pulau Langkawi
  • Pakej Ke Cameron Highland
  • Pakej Candat sotong
  • Pakej memancing
  • Perkhidmatan Sewa Pandu Van
  • Airport Transfer ke Hotel Dan Jetty Kuala besut
  • Perkhidmatan Bus Persiaran

Berminat nak join group :

 

 

These discussions could help improve comprehension and web-forum global awareness as today’s students mature into young adults in our ever changing, digitally connected world where nothing happens in isolation.