trip4h3m

Fishing & Snorkeling Trip 4 Hari 3 malam di Pulau Perhentian

DAY 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera..ok loni nak cerita pula pasal pakej fishing & snorkeling trip 4hari 3malam di Pulau Perhentian. Pakej ini disertai 10 orang peserta bersama beberapa orang staf xcell travel. Perjalanan dari Kota Bharu ke jeti Kuala Besut mengambil mase selama 1jam 30minit dengan menaiki van. Kami bertolak ke Kuala Besut pada pukul 7.30 pagi. Dalam perjalanan itu,kami singgah dan berhenti breakfast dulu di Kopitiam Kita dan sesudah itu baru bertolak untuk ke Pulau Perhentian

Kami sampai ke Kuala Besut dalam pukul 11.30 pagi dan menaiki bot yang telah disediakan dijeti. Sesampai di Pulau Perhentian, kami Check-in hotel pilihan iaitu Shaari-La Resort. Akan tetapi makan tengahari tidak disediakan so peserta-peserta perlu makan n minum guna duit sendiri la dulu..hehehe..Ok, Shaari-La Resort ini cantik sangat2 taw, memang tidak menyesal la kalau menginap disini kerana biliknya sungguh cantik dan luas, berhadapan pula dengan pantai jadi boleh la melihat pemandangan dari dalam bilik.

                                                                        ( time otw nak ke Pulau Perhentian )

                                                     (haa nie la Shaari-La Resort)

                                    (haa..nie la bilik kami..cantik sangat taw)

                                (ni la pemandangan dari bilik kami..cantikkan)

Ok, selepas kami check-in resort dan berehat selepas kepenatan dari perjalanan tadi, dalam pukul 4.00 petang kami semua menaiki bot kayu yang terdapat di Pulau ini untuk ke laut bagi melakukan aktiviti fishing & squid jigging trip.( peralatan untuk mencandat sotong sahaja disediakan).Hasil tangkapan kami pada hari itu dibawa pulang untuk membuat BBQ pada malam tersebut dan makan malam diatas bot disediakan la. Makan malam tu ala-ala nelayan hehehe.. Dalam pukul10.00 malam kami pulang ke bilik penginapan semula n siap sedia untuk BBQ  hasil tangkapan tu la pula..huhu

 (bot nie la yang datang ambik kita orang untuk pergi mencandat sotong memancing)

                                                (nie la hasil tangkapan salah seorang daripada kami..hehe)

DAY 2 & 3

untuk hari kedua kami telah mengambil full pakej dari Shaari-La Resort. Pada hari ke 2 & 3 tu kami pagi-pagi lagi bangun dan besiap-siap untuk sarapan pagi yang telah disediakan oleh pihak resort. Selesai makan kami tidak melengahkan masa lagi terus kami siap sedia untuk melakukan aktiviti snorkeling trip disekeliling  Pulau Perhentian. Kami snorkeling di turtle point, shark point & Romantic beach.

                                                                 (snorkeling jomm)

 

                          (cantik ikan-ikan kat sini dah la manja pulak tu)

Selesai snorkeling tu memang la penat sangat tapi seronok taw..selesai tu kami balik bilik penginapan la dalam tengahari macam tu la dan siap-siap untuk makan tengahari yang telah disediakan oleh pihak resort dan petang pula kami telah dihidangkan teh sambil melihat matahari terbenam.Malam pula makanan disediakan oleh pihak resort.

                                     (suasana malam di pulau )

DAY 4

Pada hari ke 4 kami bangun pagi untuk sarapan dan check out dari Shaari-La Resort dalam pukul 10.30 macam tu la dan siap sedia untuk bertolak balik dari Pulau Perhentian ke Jeti Kuala Besut dengan menggunakan bot laju.

Pakej termasuk:

  • Accomodation : Twin sharing
  • 1 BBQ on the boat
  • boat transfer dari jeti Kuala Besut/ Pulau Perhentian / Jeti Kuala Besut
  • 3 breakfast,2 lunch, 2 sunset evening tea break,1 dinner +  1 BBQ + 1 on the boat dinner.
  •  2 X snorkeling trip ke 3 tempat popular di Pulau Perhentian ( Peralatan snorkeling disediakan)
  • Travel Insurance.

Pakej tidak termasuk :

  • Yuran Pemuliharaan Marin RM5.00.

Ok, sampai disini sahaja coretan saya, semoga anda semua terhibur dan suka membaca blog yang kami sediakan untuk anda. kami dari xcell travel menyediakan pakej yang terbaik untuk anda dan dijamin anda akan berpuas hati dengan kami.

SEKIAN TERIMA KASIH..